in

Kening Wanita Tak Pasal-pasal Jadi Kening Shin Chan Lepas Diubah Pelukis Tatu

Shinchan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semua wanita nak jadi cantik kan? Kalau boleh dorang akan buat apa saja demi dapatkan wajah yang digilai ramai. Tapi janganlah korang jadi macam perempuan ni. Sian dia tau. Hajat nak buat kening bagi lawa, tup-tup jadi worst nightmare yang dia paling tak sangka!



Kejadian yang berlaku kat Thailand ni menimpa seorang perempuan bernama Kanyarat Dew Chaichan yang dapatkan khidmat lukis kat keningnya dari sebuah kedai yang tak professional, lapor Nextshark. Akibatnya, dia terpaksalah tanggung malu sebab kening nampak pelik gila dan terlampau tebal macam kartun ‘Shin Chan’! Adoi! 

Kening1
sumber: blog

Ni kening Kanyarat sebelum buat tatu…

Kening4
sumber: blog

Kesian tengok nasib Kanyarat dapat kening macam tu, seorang pelukis tatu lain datang nak membantu. Vilailak Nan Sundantom nilah yang kongsikan masalah Kanyarat kat media sosial dan sanggup betulkan kening buruk tu tanpa mintak sebarang bayaran. Baiknya hati!

150035Z1Wif71F2F4I147A
sumber: cari

Vilailak jugak sempatlah bagi nasihat kat wanita luar sana tu untuk pilih tempat buat tatu kening dengan betul dan jangan main hentam kromo je. Hasilnya tak pasal-pasal dah jadi macam Shin Chan pulak. Dari nak jadi cantik terus jadi pelik kan?

Bantuan membuang tatu yang Vilailak beri kat Kanyarat sebenarnya agak mahal sebab dia caj lebih kurang 30,000 ke 50,000 Baht untuk proses itu. Tu lebih kurang RM3,600 ke RM6,200 duit Malaysia wehhh! Tapi dengan baik hati dia kasi free je!

Eyebrow
sumber: nextshark
Eyebrow Featured
sumber: nextshark

Kanyarat yang dah tunggu dekat enam bulan untuk lihat kesan rawatan laser tu akui proses tu betul-betul berjaya pudarkan kening dia yang dilukis pelik tu.

“Saya suka dengan hasilnya dan bersyukur dengan rawatan yang dibuat. Saya rasa lebih baik sekarang dan nampak lebih cantik.

“Saya ingat saya akan hidup dengan kening begini sepanjang hidup. Sekarang, saya hanya perlu bersabar menunggu ia pulih,” kata Kanyarat. 

Eyebrow 2
sumber: nextshark

Papepun tak baik ubah kening ciptaan Allah. Dah lawa-lawa Tuhan buat, kita pulak nak ubah konon nak jadi lagi cantik. Berdosa tuu! 

Baca: “Kenapa dagu pelik, terpisah dari muka?” – Wanita Cucuk Kolagen Dikeji Orang Ramai 

Mekap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.