in

“Kenapa dagu pelik, terpisah dari muka?” – Wanita Cucuk Kolagen Dikeji Orang Ramai

Sarina Cucuk Sana Sini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bak kata pepatah Inggeris, “Beauty is pain”. Bukan mudah untuk mendapatkan wajah yang cantik jelita. Seseorang itu kadang kala sanggup melakukan pelbagai suntikan, rawatan kecantikan dan pembedahan demi mendapatkan wajah yang diinginkan.


Namun berbaloikah ‘kecantikan’ itu jika ia mendapat kejian daripada orang ramai? Usahawan kosmetik, Sarina Shafie, 38, terpaksa menanggung azab apabila wajahnya yang dicucuk kolagen mendapat pandangan serong daripada orang ramai, lapor MMO.

Menurut Sarina, dia mula berjinak-jinak menyuntik kolagen pada usia 25 tahun kerana ingin kelihatan cantik seperti selebriti dan mengikut arus trend pada masa tersebut.

Sarina 2
sumber: instagram

Walau bagaimanapun, kecantikan yang dimiliki akhirnya pudar selepas 10 tahun apabila orang ramai mula mencemuh bentuk wajahnya yang pelik.

“Ramai yang tegur kenapa dagu panjang, kenapa dagu pelik, kenapa dagu terpisah daripada muka, kenapa muka dulu cantik, kenapa muka jadi macam ini dan jutaan lagi soalan yang buat saya mula risau kerana saya sendiri tidak perasan dengan perubahan wajah saya. 

“Menjadikan saya lebih tertekan selaku pemilik produk kosmetik, saya selalu mengajar mekap secara langsung di media sosial namun terganggu kerana komen menghina dan mengutuk saya secara terbuka,” katanya kepada Harian Metro.

Uishh boleh tahan kejam mulut netizen ni semua! 

Azab
sumber: harian metro

Sedih dan tertekan dengan kutukan yang diterima, Sarina memberanikan diri untuk bertemu dengan doktor selepas dagunya mula mengalami kesakitan. Doktor kemudian menasihatinya untuk membuang kolagen tersebut sebelum ia bertambah parah.

Pemilik kepada produk Syok Kosmetik ini juga berasa kecewa apabila kos untuk menyuntik dagunya hanya bernilai RM300, namun kos untuk membuangnya sehingga RM12,000 termasuk ubat dan rawatan susulan. Fuh dekat 40 kali ganda daripada kos asal tu! Tak berbaloi langsung. 

Azabnya jangan cakaplah, hanya Tuhan saja yang tahu. Rasa nak mati pun ada,” katanya.

20953622 1617448811622546 1300703442476037193 N
sumber: facebook

Pembedahan tersebut telah dijalankan beberapa bulan lalu dan telah memakan masa selama empat jam dengan 20 suntikan penahan sakit di bahagian dagu dan mulut.

Tidak cukup dengan itu, doktor juga telah menebuk satu lubang di bawah dagunya untuk memasukkan besi yang dipanaskan supaya kolagen yang disuntik itu cair dan mudah untuk disedut keluar. Sakitnya!

Kolagen
sumber: harian metro

“Memang ngeri bila diingat kembali saat pembedahan dilakukan dan selepas itu muka saya bengkak teruk dan tidak boleh makan selama hampir dua minggu dan sembuh enam bulan kemudian,” jelasnya.

Akibat azab buruk yang ditanggungnya, Sarina menasihatkan wanita di luar sana untuk mendapatkan nasihat daripada doktor yang bertauliah dahulu sebelum melakukan sebarang suntikan pada wajah.

Sayangilah wajah ciptaan Tuhan kepada anda. Tak payah nak cucuk sana, cucuk sini. Tak pasal-pasal tanggung cacian dan kesakitan yang sia-sia! 

Baca: Netizen Kini Tergila-gila Mahukan Bibir Nipis, Sanggup Jalani Pembedahan Bernilai RM41,000

Bibir Nipis Yalls

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.