in

Kenapa Wajah Orang Melayu Mudah Ditemui Di Diego Garcia, Ini Penjelasannya…

Sejarah Diego Garcia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini kecoh di media sosial mengenai foto-foto dari satu page di facebook yang mendakwa gambar adalah mangsa pesawat MH370 yang hilang pada 2014 sedang menjalani kehidupan seperti biasa di Diego Garcia.


Dakwaan ini telah mencetuskan kontroversi dan menyebabkan usaha segelintir rakyat Malaysia meneliti gambar yang ada untuk disamakan dengan wajah-wajah mangsa korban nahas tersebut.

Screenshot 2022 10 06 182310

Tetapi itu bukan perkara yang hendak dibincangkan, namun persoalan bagaimana banyak wajah ‘orang Melayu’ ditemui di Pulau Diego Garcia?

Menurut sumber, Diego Garcia terletak di Lautan Hindi dan terdiri daripada 6 pulau karang atol di kepulauan Chagos dengan sekitar 56 buah pulau kecil di Lautan Hindi.

Diego Garcia adalah pulau terbesar yang terletak di hujung selatan dan merupakan lokasi yang strategik di Lautan Hindi dan juga pengkalan ketenteraan laut Amerika Syarikat atas keizinan British.

Siapakah orang asal Pulau Diego Garcia?

Screenshot 2022 10 06 182227

Pulau ini mempunyai kontroversi daripada campur tangan kerajan British dan kemudiannya Amerika Syarikat menjalankan program pengusiran orang Chagos, iaitu penduduk asal pulau tersebut dari tanah asal mereka.

Program ini berjaya membuatkan pulau itu hilang daripada pengaruh penduduk asalnya dan membolehkan British mengambil alih.

Program pengusiran ini dijalankan dalam tiga peringkat bermula tahun 1965, apabila British menghalang mana-mana orang Chagos yang telah keluar daripada pulau itu kembali masuk dan menyekat bekalan keperluan.

Beberapa tahun selepas itu, kerajaan Amerika Syarikat mula menyewakan pulau itu dari British bagi memulakan proses pengusiran saki-baki orang Chagos yang masih bertahan.

British telah ‘claim’ pulau tersebut memang tidak mempunyai penduduk tetap dan proses penghantaran keluar orang Chagos perlu dilakukan kerana kontrak bekerja mereka telah tamat.

Rakyat Diego Garcia sekarang

33583483 Reunion Ofw Diego Garcia

Kedudukan Pulau Diego Garcia yang strategik ini menjadi idaman British dan Amerika Syarikat kerana ia mampu menjadi titik penghubung aktiviti kedua-dua buah kerajaan.

Dengan kewujudan pengkalan tentera di atas pulau tersebut, Amerika Syarikat mempunyai kedudukan yang kukuh dari aspek;

  • Logistik ketenteraan
  • Tapak pentadbiran kempen peperangan

Disebabkan itulah pengkalan Diego Garcia banyak memainkan peranan besar dalam menjadi pusat operasi pencerobohan tentera Amerika Syarikat ke Iraq.

Demi melindungi kepentingan di sana, kerajaan British dengan bantuan Amerika Syarikat menubuhkan sistem dwi-kuasa yang diamal bagi menjalankan pentadbirannya.

Secara rasminya, Pulau itu ditadbir oleh seorang pesuruhjaya dan pegawai gabenor yang berpusat di London. Undang-undang di Diego Garcia dijalankan oleh pasukan Royal Overseas Police Officer di bawah penyeliaan British.

Urusan dan transaksi yang dilakukan akan menggunakan matawang Dollar Amerika Syarikat.

Buat masa sekarang, pengaruh Amerika Syarikat terhadap pulau itu masih kukuh dan kontrak sewaan bersama British telah dilanjutkan sehingga tahun 2036.

Populasi Diego Garcia dipilih oleh Amerika Syarikat yang menyelia lebih 4,500 orang penduduk sementara, kesemuanya boleh digolongkan ke dalam dua kategori.

Kategori pertama adalah individu berstatus tentera sekitar 1,000 orang dan kedua adalah mereka yang berstatus kontraktor sokongan berjumlah 3,500 orang. Dalam golongan kontraktor sokongan ini, warga Filipina telah menjadi komuniti terbesar yang tinggal di Diego Garcia.

Warga Filipina di Diego Garcia

Orang Filipina Di Diego Garcia

Sebuah syarikat bernama KBR Diego Garcia LLC telah dilantik bagi menjalankan pelbagai bentuk khidmat sokongan di pulau tersebut.

Syarikat kerjasama dari United Kingdom dan Amerika Syarikat, KBR bertanggungjawab menyediakan pekerja mahir yang boleh menguruskan fasiliti dan menjalankan kerja penyelenggaraan.

Mereka gemar memanggil khidmat warga Filipina ini sebagai Filipina ‘Overseas Filipinos Worker’ (OFW) di mana saja KBR beroperasi, termasuk Diego Garcia dan mereka telah membentuk komuniti major itu kontraktor berkhidmat di sana.

Kerja teruk dengan gaji kecil

Mereka akan diberikan kontrak selama 2 tahun, dan ditawarkan jawatan sebagai tukang cuci, penjaga gudang atau buruh binaan.

Pendapatan pekerja Filipina di Diego Garcia dikatakan rendah, purata pendapatan mereka adalah sekitar USD400 (RM1750 ke USD500 (RM2250) dengan jadual 9 jam sehari dan 6 hari seminggu.

Mereka sanggup bekerja di sini kerana kadar pertukaran matawang yang tinggi berbanding di negara mereka dan gaji minima yang jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan Filipina.

Mereka juga berdepan dengan masalah yang pelbagai seperti;

  • Passport mereka ditahan
  • Mereka tidak dibenarkan meninggalkan pulau itu selagi kontrak mereka berjalan

Mereka juga harus membayar pampasan kepada syarikat kontraktor jika hendak membatalkan kontrak mereka sebelum dibenarkan pulang sebanyak USD 3,200 (RM14,375).

Patut lah mirip wajah orang Melayu

Jadi, kalau korang buka laman web berkaitan Diego Garcia dan terjumpa banyak muka mirip orang Melayu di sana, itu mungkin mereka yang berasal dari Filipina.

Mereka yang bekerja di sana telah berhijrah dan menetap di sana serta membina kehidupan bersama keluarga tercinta.

Jadi, tak perlulah korang samakan wajah mereka dengan mangsa korban nahas MH370 tanpa menyelidik terlebih dahulu. Dah wajah orang asia sebab tu lah kita nampak sama macam orang Melayu.

Baca : Diego Garcia: Pulau Penuh Misteri Yang Sering Terpalit Dengan Teori Konspirasi

Cover 12 728X383 1

Sumber: Iluminasi
Sumber: Newint
Sumber: Iluminasi
Sumber: Iluminasi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.