in

“Kenapa Amma kena mati dengan cara macam ni?” – Warga Emas Alami Strok Mati Terkena Peluru Sesat Yang Dilepaskan Perompak

Amma

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sangka hidup seorang warga emas yang mengalami strok sedang berehat-rehat di halaman rumah berakhir dengan satu tragedi?


Menurut The Star, P. Indrani yang berusia 78 tahun ni memang gemar mengambil angin malam selepas selesai makan bersama keluarga. Dia yang mengalami strok sejak 6 tahun lepas kadang-kadang menghabiskan masa beberapa jam di luar pada setiap malam.

 

“Tak pernah terlintas dalam fikiran saya yang itulah perkara terakhir yang dia akan buat pada malam itu” – Anak

Namun malang menimpa wanita ini pada malam Jumaat itu, apabila dia telah terkena peluru sesat yang dilepaskan oleh seorang perompak di Johor Bahru. Aduhai… 

“Dia baru saja selesai makan malam dan sedang duduk di luar. Tak pernah terlintas di fikiran saya yang itulah perkara terakhir yang dia akan buat,” kata anaknya, S. Ganeson, 57.

460142
S. Ganeson sedih dengan apa yang menimpa ibunya | sumber: sinar harian

Kata Ganeson, dia bersama 4 orang ahli keluarga lain ada di rumah pada malam tersebut bila mereka terdengar bunyi kuat dari luar rumah beberapa saat sebelum kejadian berlaku.

“Isteri, dua anak dan saya tak sedar apabila tembakan pertama dilepaskan sebab ingat ada budak-budak tengah bermain. 

“Tapi dua tembakan terakhir bunyi sangat kuat dan kami juga dengar suara jiran menjerit di luar,” katanya lagi.

 

Terkejut lihat mayat ibu berlumuran darah di lantai

Sebaik mereka membuka pintu depan rumah, Ganeson terkejut apabila melihat mayat ibunya sudah terjelepok atas lantai dengan darah berlumuran keluar dari kepala.

Keluarga Ganeson bertambah trauma apabila mereka juga pada masa yang sama menjadi saksi melihat lelaki yang melepaskan tembakan tersebut sedang mengacukan pistol ke arah jirannya yang baru saja pulang dari kerja.

“Lelaki itu paksa jiran saya untuk beri motosikalnya,” kata Ganeson lagi yang juga melihat kedua-dua suspek melarikan diri dengan menggunakan motosikal curi tu.

Ilustrasi Tembak Mati 20170710 053705
gambar hiasan

Menurut laporan polis, dua lelaki terbabit asalnya nak merompak rumah yang didiami 6 orang lelaki. Namun rancangan mereka gagal apabila penyewa rumah tersebut melawan kembali.

Perompak terbabit kemudian melepaskan dua tembakan awal yang mengena pada kaki salah seorang penyewa. Namun dua tembakan akhir yang dilepaskannya ketika melarikan diri terkena pada mangsa, Indrani. Tak pasal-pasal… 

273291
P. Indrani | sumber: the star

Mayat mendiang Indrani telah selamat disemadikan di krematorium Hindu Jalan Kebun Teh semalam lepas semua ahli keluarganya tiba dari Setiawan, Perak. Pihak polis kini sedang giat mencari perompak yang melepaskan diri.

273292
sumber: the star

Semoga suspek ditangkap polis secepatnya! 

Baca: “Kenapa org tu tembak papa?”- Soalan Anak Sulung Arwah Mejar Zahir Saat Lihat Jenazah Bapa Buat Netizen Sebak

Papa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.