in

“Kalau nak lepas ‘hajat’ saya korek tanah” – Nenek Ambil Upah Kopek Bilis RM1 Sekilo, Tinggal di Rumah Tanpa Tandas & Dapur

Feat4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak mahu susahkan anak-anak. Itu jawapan ibu tunggal Rabiah Jusoh, 70, sambil mengesat air mata merenung pondok usang berhampiran muara di Kampung Pauh 100, Tumpat yang didiaminya sejak 12 tahun lepas.



Menurut Sinar Harian, pondok itu terletak bersebelahan rumah anak bongsu lelakinya berusia 34 tahun dan ianya dibina sendiri dengan kudratnya dari kayu-kayu terpakai yang dikutip di sekitar kampung.

Nek3

 

Tak ada tandas, dapur

Lebih menyedihkan, rumah pondok itu tidak mempunyai tandas serta dapur. Nenek Rabiah akan mandi di luar rumah menggunakan air paip yang disambung dari rumah anaknya itu.

“Pondok ini ada sebuah bilik, ada ruang tamu yang digunakan untuk sembahyang tetapi tidak ada dapur atau tandas. Kalau hendak mandi, hanya di luar rumah dengan air paip yang disambung dari rumah anak.”

“Cuma untuk lepas ‘hajat’, saya gali tanah dan kambus selepas selesai. Kehidupan saya terlalu sedih tetapi saya tidak mahu tinggal bersama anak-anak kerana mereka pun bukan orang senang.”

Nek7

“Kalau hujan dan ribut terlalu kuat, pondok akan bergegar macam nak roboh. Saya akan menyelamatkan diri ke rumah rakan berhampiran.”

 

Anak ajak tinggal bersama

Menurut Harian Metro, nenek Rabiah berkata dia tidak mahu susahkan tiga anaknya yang sudah berumah tangga apatah lagi mereka hanya melakukan kerja kampung.

“Saya tidak mahu tinggal dengan mereka walau sering diajak kerana mereka juga susah dan perlu menanggung keluarga. Malah, ada salah seorang anak saya terlantar sakit strok.”

“Saya ada empat anak berusia 34 sehingga lewat 40-an, semua sudah berkeluarga. Anak sulung lelaki meninggal dunia dua minggu lalu, seorang lagi anak lelaki lumpuh kerana penyakit angin ahmar dan dibantu anaknya menjual kuih, sementara yang bongsu lelaki seorang nelayan.”

Walau sedih macam mana sekalipun, saya tidak mahu menyusahkan anak-anak.”

 

Ambil upah kopek bilis untuk sara hidup

Nenek Rabiah juga menyara kehidupannya sendiri dengan mengambil upah membersihkan ikan bilis. Hasilnya, dia mendapat bayaran RM1 bagi setiap sekilogram dan mampu menyiapkan sebanyak 30 kilogram seminggu. Disebabkan itu jugalah kulit jarinya menggelupas.

Nek1

“Baru-baru ini ada yang hantar kayu untuk bantu baiki pondok ini tetapi tidak mencukupi. Saya pula tidak ada duit untuk membeli lebihan kayu.”

Tanah ini dibeli dengan harga RM10,000, namun masih berbaki hutang RM5,300.”

Kisah nenek Rabiah telah mendapat perhatian kumpulan aktivis masyarakat Cempaka Merah Asnaf Society yang sudah melakukan hebahan mengenai keadaannya. Mereka juga berhasrat untuk membantu membina rumah baru yang lebih selesa untuknya.

“Sudah ada beberapa pihak memberi bantuan dalam bentuk bahan binaan serta kewangan. Kami akan segera bina rumah baharu untuk Mak cik Rabiah.”

Jika anda ingin menghulurkan sumbangan atau dana buat nenek Rabiah, boleh transfer menerusi akaun Bank Islam di bawah Cempaka Merah Asnaf Society iaitu 03072010137874.

Baca: “Untuk menyelesaikan ‘hajat’ terpaksa ke sungai” – To’ki Bahagia Tinggal Di Pondok Kecil Bersama Isteri

Toki

Sumber: Harian Metro
Sumber: Harian Metro
Sumber: Blog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.