in

“Kaunter 26 buat hati saya berbunga” – Netizen Minta Agensi Kerajaan Contohi JPN Putrajaya, Staf & Servis Tiptop Habis!

Shemlah Grace

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau semalam kecoh dengan berita seorang individu naik angin gara-gara disuruh pulang lepas menunggu 4 jam di pejabat kerajaan. Hari ini, viral pulak kisah positif tentang pejabat kerajaan yang patut dicontohi ramai.


Menerusi perkongsian Normaliza Mahadi di Facebook, dia nampaknya telah melalui pengalaman yang sangat menyenangkan apabila berurusan dengan Jabatan Pendaftaran Negara di Putrajaya. Ini apa yang dikongsikannya…

 

“Wargakerja kaunter 26 ini membuatkan hati saya berbunga. Cara beliau menyambut pelanggan, senyuman beliau… sangat mengagumkan” 

Menurut Normaliza, beberapa hari lepas dia dan suaminya telah ke JPN untuk membuat urusan penukaran kad pengenalan. Seperti biasalah, urusan dimulai dengan ambil nombor dan kemudian ambil gambar pulak. Tapi apa yang luar biasa ialah layanan pegawai di kaunter 26 yang berurusan dengan mereka tu. Wah! 

“Beberapa hari lepas daya dan suami ke JPN, Putrajaya untuk menukar kad pengenalan. Manalah tau lepas tukar kad pengenalan boleh jadi muda pulak kan ?.

“Anyway macam biasa ambil no. Lepas tu dipanggil untuk pengesahan kad sedia ada dan isi borang tukar alamat. Lepas tu tunggu gambar diambil. Saya ni cantik kurus dan bersopan santun kan. Maka gambar saya senanglah nak amik ?

“Lepas dah amik gambar, kena tunggu untuk ambil IC baru. Sambil tunggu tu saya dan suami berbual mengenai layanan kaunter. Layanan kaunter sangat baik dan mengkagumkan. Dari proses mengambil no sehingga IC siap hanyalah mengambil masa kurang daripada 40 minit. MasyaAllah.

“Dan wargakerja kaunter 26 ini, membuatkan hati saya berbunga. Cara beliau menyambut pelanggan, senyuman beliau dan setiap butir kata yang mesra sangat mengkagumkan.

“Menurut suami saya, cara layanan ini setaraf dengan cara layanan yang beliau dapat sewaktu tinggal di US dahulu.

“Cik Puan ini memang hebat! Tahniah kepada JPN, Putrajaya.”

52840301 10157039453149803 803854862327480320 N

53480649 10157039443334803 3623280873861808128 N

52881260 10157039443269803 2750809991970553856 N
sumber: facebook

 

“Semalam pergi JPN dan dilayan oleh orang yang sama juga. Estimated masa sejam tapi tak sampai 30 min” 

Ternyata bukan Normaliza je kagum dengan sikap pegawai ni, orang lain yang pernah berurusan dengannya pun suka sangat dengan cara pegawai ni lakukan tugas. Pantas dan efisyen!

Tahniah
sumber: facebook

 

“Dialah orangnya Puan Shemlah Grace” 

Rupa-rupanya begitu pantas berita tersebar ye! Pegawai yang dimaksudkan di dalam gambar yang viral tersebut ialah Cik Shemlah Grace iaitu kakitangan Unit Perkhidmatan Kaunter (Serahan) Bahagian Kad Pengenalan JPN.

Baik 2

23659134 1937740329812994 7209848695423843020 N
sumber: facebook

Kisah viralnya juga telah dikongsikan oleh Facebook rasmi Kelab Bahagian Kad Pengenalan JPNM Putrajaya. Tahniah Cik Shemlah!

Penghargaan melalui laman sosial facebook oleh Puan Normaliza Mahadi yang diterima daripada pelanggan kepada kakitangan…

Posted by Kelab Bahagian Kad Pengenalan JPNM Putrajaya on Wednesday, February 27, 2019

Moga-moga pegawai ni dapat naik pangkat. Tahniah kerana menjadi pekerja contoh buat semua! 

Baca: “Lagi 6 kaunter elok sewa buat jual tudung” – Lelaki Naik Hantu Lepas Tunggu 4 Jam Kat Pejabat Kerajaan, Disuruh Pulang Sebab Kurang Pekerja

Amuk Di Pejabat Kerajaan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.