Seorang lelaki bikin panas selepas videonya di Instagram menaikkan kemarahan orang lain kerana telah main sensitiviti kenegerian.
Melalui satu posting di Facebook, seorang individu upload semula video tersebut di satu FB group dan mengajak orang ramai untuk report akaun itu.
Hina Kelantan?
Video itu menunjukkan lelaki berkenaan menjawab soalan ‘bila nak kahwin?’ daripada salah seorang pengikutnya di Instagram. Namun, jawapannya menimbulkan kemarahan orang Kelantan kerana dia telah menghina wanita negeri tu!
Aku ada rapat dengan minah Kelantan ni. Tapi Kelantan. Mak aku cakap, kau jangan rapat dengan perempuan Kelantan. Elok lagi kau kahwin dengan Yahudi.”
No offense lah, tapi mak aku cakap.”
Boleh tonton video penuh di Facebook.
Ramai pengguna Facebook dalam group bagi respon dan komen masing-masing lepas tonton video tersebut. Ada di antara mereka bertindak untuk terus report akaun Instagram tersebut.
Ore takdok duk Hino negeri mu pun … Aduh gerey aku!!!”
Bukan pertama kali buat hal?
Rupanya, sebelum ini lelaki yang sama itu juga pernah viral di Twitter di mana netizen mengecam dia sebab suka ugut wanita secara online.
Katanya, dia akan ugut wanita yang dia tak suka untuk screenshot gambar mereka dan sebarkan dekat group Telegram lelaki horny.
Boleh baca lanjut dekat bawah ni…