in

“Kapal Terbang Legend!” – Kenali 4 Syarikat Penerbangan Yang Dah Wujud Selama Hampir 100 Tahun

Ft Flight

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mesti rindukan nak naik flight, travel sana sini macam dulu. Tapi berapa ramai korang yang selalu travel ni tahu mengenai syarikat penerbangan dunia.


Harini min nak share dengan korang 4 syarikat penerbangan tertua dunia! Lagi banyak korang tau pasal sejarah penerbangan lagi seronok la nak travel nanti.

 

KLM

KLM okay bukan Kak KM.

Akronim ini membawa maksud Koninkijke Luchtvaart Maatschap, tapi syarikat ini turut dikenali dengan nama Royal Dutch Airlines. Fuh, tergeliat lidah min nak sebutnya!

Walaupun syarikat ini ditubuhkan pada Oktober tahun 1919, penerbangan pertamanya dikatakan hanya dilakukan pada Mei tahun berikutnya.

Pada tahun 1924, syarikat ini telah memegang rekod penerbangan terpanjang di dunia pada masa itu iaitu, daripada Amsterdam ke Jakarta. 

Pada masa itu, Indonesia masih lagi berada di bawah jajahan Belanda.

Sekali lagi pada tahun 1946 KLM mencatat sejarah kerana menjadi syarikat penerbangan Eropah yang pertama mempunyai jadual tetap untuk terbang ke New York.

Syarikat ini menggunakan pesawat DC-4.

Kini syarikat itu telah bergabung dengan Air France sejak tahun 2004 namun mereka masih mengekalkan ibu pejabatnya di Amsterdam.

Sehingga kini syarikat KLM telah beroperasi selama lebih 100 tahun.

Capture 5 16

 

Avianca

Bunyinya macam aviation kan?

Syarikat ini pertama kali ditubuhkan pada tahun 1919, iaitu beberapa bulan selepas KLM ditubuhkan dalam tahun yang sama. Wah macam nak bersaing pula!

Berbeza dengan KLM, penerbangan pertama syarikat ini dilakukan dalam tahun yang sama penubuhan syarikat itu.

Avianca ditubuhkan di Bogota, Colombia menjadikan ia syarikat penerbangan pertama bagi Amerika Syarikat (AS).

Ditubuhkan oleh usahawan Jerman, syarikat ini menggunakan nama Sociedad Colombo Alemana de Transportes Aéreosa (SCADTA) atau Colombian-German Transport Company sebelum berlakunya Perang Dunia Kedua.

Sewaktu berlakunya perang, orang Jerman mula melarikan diri ke Colombia dan mewujudkan kerisauan mengenai hubungan SCADTA dengan Jerman.

Akhirnya kesemua pekerja warganegara Jerman dibuang pada tahun 1940, dan SCADTA mula menggunakan nama baru.

Kini, syarikat tersebut merupakan antara syarikat penerbangan yang terbesar di Amerika Latin dengan 173 pesawat serta kewujudan anak syarikat yang merentasi benua.

Siapa pernah naik pesawat dari syarikat ni? Min tak sempat lagi…

 

Capture 1 5

 

Qantas

Syarikat penerbangan yang berasal daripada Australia ini pertama kali ditubuhkan pada tahun 1920.

Qantas membawa maksud “Queensland and Northern Territory Aerial Services”, ditubuhkan dengan tujuan untuk menghubungkan kawasan-kawasan kurang penduduk dengan seluruh bahagian negara itu. 

Membawa hidupan tempatan ke mata dunia, syarikat itu menggunakan kanggaru sebagai logonya hingga mendapat jolokan The Flying Kangaroo.

Setelah 100 tahun, Qantas dikenali di mata dunia dengan perkhidmatannya yang terbaik serta merupakan syarikat penerbangan terbesar di negara itu.

 

Capture 2 3

 

Aeroflot

Syarikat ini pertama kali ditemui pada tahun 1923.

Pada asalnya syarikat ini dikenali dengan nama Dobrolet yang membawa maksud sukarelawan.

Namun pada tahun 1932, syarikat ni dikenali sebagai Aeroflot yang membawa maksud armada udara dalam bahasa Rusia.

Maksud nama dia, unik betul!

Syarikat ini mula menjadi syarikat penerbangan terbesar dunia selepas berlakunya Perang Dunia Kedua kerana kaedah terbaik untuk merentasi Kesatuan Soviet adalah dengan melalui laluan udara.

So kalau jalan kaki tak sampai-sampai lah ni?

Kini ibu pejabat Aeroflot bertempat di Moscow dan syarikat ini masih megah beroperasi selepas 97 tahun.

 

Capture 4 1

Banyak rupanya syarikat yang masih beroperasi. Ada tak pembaca yang umur sama dengan company ni? Boleh celebrate birthday sama-sama…

Sumber CNN Travel

 

Baca : Catch Me If You Can: Adaptasi Kisah Benar Penjenayah Paling Licik Dalam Sejarah, Frank Abagnale Jr.

Capture 5 15

Sumber: Youtube
Sumber: Youtube
Sumber: Youtube
Sumber: Youtube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.