Kanak-kanak 2 Tahun Cedera Tulang Belakang Lepas Bapa Tiru Aksi Backflip Dalam Video

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Korang pernah tak kalau time tengok TV tu bila keluar adegan bahaya nanti kat skrin tu keluar amaran jangan tiru aksi ini? Mesti pernah, kan?

Menurut SCMP, ada sorang lelaki kat China ni buat anak dia tercedera sebab duk tiru stunt dalam video. Ni mesti dia degil ni tak dengar amaran ni! Lelaki tu angkat anak dia tinggi-tinggi then tiru stunt kat dalam satu video yang dia tonton kat aplikasi popular kat China.

Sumber: SCMP

Masa dia attempt nak buat backflip kat anak dia yang baru umur dua tahun tu, tiba-tiba kanak-kanak tu jatuh terhentak kepala instead of jatuh kaki dulu. Aduhai siannya! Disebabkan kecuaian ayah dia, kanak-kanak tu alami kecederaan teruk.

“Dia tak boleh bergerak seluruh badan, terutama dua-dua tangan dia. Bahagian bawah tubuh dia pun otot tu dah takde strength,” kata doktor kat Hospital Kanak-kanak Wuhan.

Sumber: SCMP

Doktor explain jugak yang dia tak pasti kalau kanak-kanak tu boleh sembuh sepenuhnya ke tak lepas ni. Dan doktor ada jugak cakap yang aksi macam tu memang sangat bahaya kalau ayah dia pegang tangan budak tu kuat-kuat sekalipun.

“Kalau pegang tak kuat, (kanak-kanak) jatuh kat kepala, tapi kalau pegang kuat sangat, boleh buat tangan dia dislocate,” kata doktor tu lagi.

Sumber: TODAY

And yang paling penting, doktor tu pesan jangan lah sekali-kali tiru sebarang aksi yang korang tengok kat televisyen ke kat video online ke. Kalau tak, tengok lah apa jadi kat adik ni. Sian dia tak pasal-pasal cedera teruk.

Kita sama-sama doakan adik ni cepat sembuh!

Baca: Kanak-kanak 4 Tahun Cedera di Dahi, Badan dan Pendarahan di Kemaluan Akibat Didera Ibu dan Kekasih

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.