Normal lah kalau orang nak letak syarat-syarat ketat kalau nak cari housemate kan? Syarat-syarat macam tak nak perokok, nak pembersih dan memerlukan orang bekerja berbanding student.
Mungkin mereka ada alasan tersendiri yang boleh diterima pakai, tapi syarat yang penghuni tetapkan dekat Ikhwan ni macam….Admin sendiri tak dapat nak brain.
Bangga benor ngan jawatan dalam sektor dia, sampai discriminate orang marhaen.”
Masa Ikhwan mesej penghuni tu untuk tanya bilik kosong, penghuni tu beritahu yang diaorang dah ada penyewa tapi korang tengok ni dia punya respon.
Rasa macam nak muntah pula baca.
Siap recommend dekat kawan tapi syaratnya nak kena kakitangan kerajaan lepastu kena pakai jawatan tinggi Gred 41(jawatan yang ditetapkan untuk pemegang ijazah, tak silap lah).
Kononnya diaorang tak nak pilih yang gred rendah sebab susah nak bayar sewa. Takkanlah semua orang macam tu kot.
Caranya itu seolah-olah nak buat diskriminasi terhadap orang-orang yang berpangkat rendah ni. Jadi Ikhwan pun ‘sekolahkan’ mamat ni sampai tak reply orang tu.
Sudah semestinya netizen naik meluat bila baca kata-kata rak ni. Masing-masing kutuk perangai bongkak penghuni rumah tersebut.
Gred tinggi sangat ke, grammar dia ke laut jugak – Netizen
Wow, sekarang nak sewa rumah pun dah macam apply kerja eh?