in

“Kalah Train to Busan ni” – [VIDEO] Pengunjung Pasaraya ‘Panik’, Berebut Susu Viral Konon Boleh Cegah Covid-19

fi pb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau kita cakap je PKP, mesti perkara macam sekatan jalan raya, lockdown, dan paling bahaya panic buying, mesti akan terlintas dekat kepala kita kan. Perkara ini berlaku, sebab ada sifat segelintir masyarakat yang kurang faham untuk menguruskan perbelanjaan mereka dengan baik.

Macam kisah yang terjadi kalini, korang takkan sangka ada juga yang bertindak ‘agresif’ asalkan mereka dapat beli barang yang dimahukan.


 

Berlari rebut susu ‘cegah’ Covid-19

Beberapa hari yang lalu, viral sebuah video menunjukkan situasi panic buying di sebuah pasaraya di Indonesia.

Menerusi video tersebut, terlihat apabila ramai pengunjung sebuah pasaraya ni berebutkan satu barang yang tengah ‘panas’ di negara tersebut.

pb 2

Rupa-rupanya, barangan yang direbutkan sangat itu adalah susu dalam tin yang dijual secara berkarton. Terlihat bahawa pengunjung pasaraya itu berlari, meluru mendapatkan susu tersebut sambil menarik troli mereka.

Semakin lama, semakin ramai pula orang yang berebutkan susu itu. Ada yang tolak menolak lelaki perempuan, bersepah tin susu ke lantai hinggakan ada troli milik seorang pelanggan ni jatuh sebab ditolak pembeli lain. Takut betullah tengok.

@anwidisini

♬ suara asli – Dean – DELI STORE

Mungkin ramai tertanya kenapa dorang ni berebut sangat susu tu?

Sebabnya, ada ura-ura mengatakan yang susu jenama tu boleh mencegah virus Covid-19 ni dari makin merebak. Aiyoo siapa buat cerita ni.

Sehingga kini, posting dimuat naik melalui akaun TikTok @dewidisini1 dah meraih lebih dari 10 juta views.

 

“Gelabah-gelabah dorang, tenang lagi yang merakam”

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen mempersoalkan tindakan para pengunjung tersebut. Ada yang menganggap perkara tersebut tak perlu berlaku, dan boleh saja mereka beli dengan elok dan tak perlu berebut sebegitu.

reak pb 1 edit

reak pb 2 edit

reak pb 3 edit

Korang jangan buat macam ni pulak ya, belanja dengan cermat.

 

Baca : “Bukannya tak boleh keluar beli barang” – Risau PKP Lebih Ketat, Ramai Yang Mula ‘Panic Buying’

foot pb

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.