in

“Jim Carrey pun kena kacau” – 5 Hotel Ini Paling Berhantu Dalam Dunia!

Collage 28

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tempat didakwa berhantu ni memang ada dekat mana-mana dan orang-orang yang “bertuah” mungkin berpeluang untuk rasai sendiri pengalaman seram ni.


Harini, min nak senaraikan hotel-hotel yang didakwa paling berhantu dalam dunia. Antara hotel-hotel ni, ada yang buatkan orang nak bunuh diri dengan sendirinya dan ada juga selebriti terkenal yang kena kacau sampai tak tahan nak duduk semalam pun! Jom baca.

5 Hotel Paling Berhantu Dalam Dunia!

1. Hotel Cecil

Hotel Cecil La

Korang mesti pernah dengar punya kisah pasal Hotel Cecil yang terletak di pusat bandar Los Angeles ni.

Untuk pengetahuan korang, sejak hotel ni dibuka pada tahun 1927, ia telah menyaksikan sebanyak 16 pembunuhan, beberapa kes bunuh diri dan pernah menempatkan seorang pembunuh bersiri terkenal dalam sejarah!

Antara kes paling famous adalah mayat Elisa Lam yang ditemui dalam tangki hotel ni sebelum video dia berkelakuan pelik dalam lif hotel. Meremang everytime tengok video ni!

Kalau nak cerita satu-satu kes yang pernah berlaku dekat hotel ni, memang boleh jadi satu artikel lain dah. Korang boleh baca cerita penuh dekat sini!

2. Stanley Hotel

Unknown

Ingat tak cerita The Shining? Kalau korang nak tahu, penulis buku seram klasik The Shining, Stephen King ni dapat inspirasi untuk tulis cerita tu masa dia dengan isterinya duduk dekat Stanley Hotel ni tau.

Masa dia datang, hotel tu dah nak tutup dah sebab musim sejuk. Tapi disebabkan Stephen, isteri dia Tabitha dan anaknya yang ketika itu berusia 3 tahun tak dapat nak bergerak ke mana-mana sebab salji yang lebat, dorang buat keputusan untuk duduk di hotel berhantu ni.

Disebabkan hotel ni nak tutup, memang tak ada orang yang duduk dekat sana. Hanya keluarga dia dan beberapa orang pekerja je yang ada.

Angin bertiup kuat lepastu bidai tercabut dan beberapa kali terhentak keluarkan bunyi yang seram. Macam tuhan sengaja letak saya dan keluarga kat situ untuk dengan dan tengok benda-benda ni.”

Lepastu, ketika dia tidur dekat bilik bernombor 217, dia mimpi yang anak dia kena kejar dengan kuda berapi dekat laluan hotel dan selepas itu dia dapat inspirasi untuk tulis cerita The Shining.

Tetamu yang pernah tinggal dekat hotel ni pun pernah cerita dorang dengar bunyi kanak-kanak gelak dan berlari di koridor tingkat empat dan nampak hantu koboi tiba-tiba muncul di kaki katil.

55893 Warner Home Video3 0Fec54Aced70E3Ad8B2C4Df2Acd9F716

Bukan tu je, hotel ni juga pernah kacau selebriti terkenal macam Jim Carey yang cuba untuk duduk di sini masa penggambaran filem Dumb and Dumber tapi hanya tahan sekerat malam je dalam bilik 217.

Jim Carrey tak tahan lama, tengah malam dia minta front desk untuk tukarkan dia ke bilik lain sebab dia cakap ada sesuatu yang berlaku dan dia rasa tak selamat. Tapi disebabkan hotel ni penuh, dia lari dari situ dan mungkin duduk di hotel yang lain,” kata salah seorang pekerja.

Sampai harini tak ada orang tahu apa yang Jim Carrey nampak malam tu.

3. Hotel Del Coronado

Hotel Del Coronado yang terletak di San Diego ini telah didiami oleh beberapa orang terkenal seperti Cary Grant, Katherine Hepburn, Burt Lancaster dan Presiden Ronald Reagan.

Pun begitu, ada beberapa pelanggan yang tinggal di hotel ini mendakwa ada hantu menghantui hotel ini sejak beberapa dekat yang lalu.

Pada tahun 1892, seorang wanita Kate Morgan yang mempunyai kanser perut telah check in ke The Del dan tak pernah check out sehingga je hari ini…

Kate dikatakan menunggu abangnya yang juga seorang doktor untuk membantu sakitnya, tapi lepas beberapa hari abangnya tak muncul-muncul dan tak ada khabar berita sehingga dia membuat keputusan untuk bunuh dirinya sendiri.

Sejak dari itu, beberapa tetamu telah melihat lampu di bilik wanita ini terbuka dan tertutup dengan sendiri begitu juga dengan TV di situ. Bukan tu je, dorang juga dapat rasa angin yang tiba-tiba menyapa tak tahu dari mana dan nampak hantu Kate berlegar-legar di tingkat tiga hotel tersebut.

Namun begitu, sehingga hari ini Hotel Del Coronado ini masih dibuka untuk orang ramai yang berani untuk bermalam di sana…

4. Ancient Ram Inn

Korang nak tahu tak kenapa hotel di England ni berhantu? Ia dibina di atas tapak perkuburan lama dan dikatakan pernah juga didiami oleh ahli sihir yang mencari perlindungan sebelum dibakar pada tahun 1500-an. Sampai ke hari ini, roh ahli sihir tersebut dikatakan telah tinggal di bilik itu hingga ia digelar “The Witch’s Room”.

Pemilik Ancient Ram Inn, John Humpries sendiri telah mengalami banyak kejadian pelik di sana. Pada malam pertama dia cuba bermalam, John mengatakan satu entiti telah menarik tangannya dari katil dan mengheretnya ke hujung bilik.

Kini berusia 80 tahun, John masih tinggal di sini dan menjaga hotel tersebut. Katanya sepanjang dia di sana dia telah temui beberapa bukti wujudnya upacara pengorbanan dan pemujaan syaitan serta tulang kanak-kanak di bawah tangga!

Walaupun sering diserang dengan gangguan-gangguan di sana, John tetap tak mahu mengalah dan keluar dari situ. Peh betul-betul berani ni!

5. Hollywood Roosevelt

Shutterstock 654975634

Hotel paling ikonik di Hollywood ini dibuka sama tahun dengan filem Hollywood pertama yang dikeluarkan dengan bunyi yang seragam pada 1927.

Ia juga merupakan tempat pertama acara Anugerah Akademi (Oscars) diadakan pada tahun 1929. Masa tu, majlis ni hanya berlangsung selama lima minit dan hanya ada 13 anugerah diberikan.

Apa yang menariknya, hotel yang pernah menempatkan banyak selebriti terkenal ini juga turut didiami oleh hantu-hantu artis popular seperti Marilyn Monroe. Seriouslahhh

Dikatakan, ramai yang duduk di hotel ni ternampak Marilyn Monroe di cermin dan di bilik yang pernah didiaminya sebelum dia popular.

Selain tu, hantu pelakon Montgomery Clift yang juga pernah memenangi Oscars sebanyak empat kali turut ada di sana dan sering menepuk bahu orang yang duduk di situ.

Ada satu lagi cerita, seorang pekerja yang sedang bersihkan bilik yang didiami oleh Marilyn Monroe ternampak muka ikon itu di cermin sebelum dia berlari keluar dan tak pernah masuk lagi ke sana.”

Bukan beshe-beshe ni, ada peluang nak jumpa hantu selebriti. Tapi min tachoood…

Sumber: ati

 

Baca: Mayat Elisa Lam Ditemui Dalam Tangki Air, Rupanya Hotel Berhantu Ni Dah Ragut Hampir 16 Nyawa!

Collage 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.