in

Mayat Elisa Lam Ditemui Dalam Tangki Air, Rupanya Hotel Berhantu Ni Dah Ragut Hampir 16 Nyawa!

Tahun 2013 lalu, kecoh di internet bila sebuah video menunjukkan seorang gadis berkelakuan pelik di dalam sebuah lif hotel dan apa yang menyeramkan, gadis tersebut, Elisa Lam ini kemudiannya ditemui mati dalam tangki air hotel tersebut!

Walaupun dah bertahun-tahun kejadian ni berlaku, kematian Elisa Lam ni masih menjadi misteri sehingga ke hari ini dan video dia berkelakuan pelik dalam lif pun masih mampu tegakkan bulu roma walaupun dah tengok banyak kali.

Kalau korang nak tahu, hotel ini sebenarnya dah lama dicop sebagai hotel berhantu tau! Dan setakat ni, dikatakan hotel ni dah meragut hampir 16 nyawa! Jom baca kematian-kematian seram yang pernah berlaku dekat hotel ni.

The Cecil Hotel: Hotel Berhantu Di ‘Kota Malaikat’

The Cecil Hotel adalah salah satu rumah penginapan untuk orang yang melalui Los Angeles yang terkenal dengan insiden-insiden yang kurang menyenangkan.

Walaupun mayat Elisa Lam yang mereput telah ditemui dalam tangki air hotel ini tujuh tahun lalu, tapi sebenarnya, hotel ini dah pun berhantu sejak tahun 1930-an.

1930

Sedekad selepas Hotel Cecil membuka pintunya kepada pengunjung, seorang tentera berpangkat Sarjan, Louis D. Borden telah membunuh diri dengan mengelar lehernya menggunakan pisau cukur.

1932

Pada September 1932, housekeeper telah menemui mayat Benjamin Dodich berusia 25 tahun yang mati kerana menembak dirinya sendiri di kepala.

1934

Dua tahun selepas itu, mayat seorang marin, Roy Thompson pula ditemui mati lepas terjun dari bumbung bangunan hotel tersebut pada tahun 1934.

1944

Pada September 1944 Dorothy Purcell yang berusia 19 tahun terjaga pada tengah malam kerana sakit perut. Bila dia pergi ke tandas, dia telah melahirkan seorang bayi lelaki tanpa menyedari yang dia mengandung pun sebelum itu. Bayi tersebut kemudiannya dibuang ke luar tingkap.

Dorothy tak didapati bersalah atas pembunuhan tersebut atas alasan dia tak siuman dan dimasukkan ke dalam hospital mental.

1947

Elizabeth Short atau lebih dikenali dengan gelaran Black Dahlia oleh media adalah salah satu kematian yang paling terkenal berlaku di Cecil. Dia telah ditemui mati di tengah jalan dengan badannya dipotong dua dan mukanya dikelar dari mulut hingga ke telinga.

Sebelum kematiannya, Elizabeth dilihat sedang minum di bar Hotel Cecil beberapa hari sebelum pembunuhannya pada Januari 1947.

1954

Seorang pekerja kedai alat tulis, Helen Gurnee telah lompat dari biliknya di tingkat 7 sebelum jatuh di atas khemah hotel tersebut.

1962

Tahun 1962 pula, George Giannini yang sedang bersiar-siar ambil angin di Los Angeles tiba-tiba mati bila dia lalu depan hotel ini selepas dia dihempap oleh mayat seorang wanita berusia 27 tahun yang bunuh diri selepas bergaduh dengan suaminya.

Walaupun kejadian-kejadian ni boleh dianggap sebagai hanya kes kecenderungan bunuh diri dan bernasib malang. Tapi, insiden-insiden yang berlaku ini cukup untuk hotel ini mendapat nama sebagai “The Suicide”.

Pun begitu, ia tak terhenti setakat ini. Kejadian-kejadian yang lebih pelik mula berlaku di hotel berhantu ini.

1964

Seorang operator telefon yang telah bersara, Goldie Osgood terkenal kerana sering beri makan kepada burung-burung merpati di Pershing Square.

Bagaimanapun, pada tahun 1964, wanita ini ditemui dirogol, ditikam dan dicekik sampai mati di dalam bilik hotel di Cecil. Pembunuh wanita malang ini masih tak ditemui sehingga hari ini.

1970

Dari tahun 1970 hingga 1980 pula, pembunuh bersiri yang digelar “Pengintip Malam” Richard Ramirez jadikan Hotel Cecil sebagai rumah sementaranya bila dia menyewa sebuah bilik di tingkat paling atas.

Seorang lagi pembunuh bersiri dari Austria, Jack Unterweger juga dikatakan pernah tinggal di Hotel Cecil.

2013

Mayat Elisa Lam, pelajar dari Kanada telah ditemui dalam tangki air hotel ini tanpa seurat benang. Dia telah dilaporkan hilang tiga minggu sebelum pada 31 Januari.

Elisa ditemui selepas beberapa pengunjung mengadu yang tekanan air dorang rendah dan rasa air pelik.

2015

Pada 13 Jun, 2015, mayat seorang lelaki berusia 28 tahun telah ditemui di luar Hotel Cecil. Ramai beranggapan lelaki ini mati kerana terjun dari hotel ini namun pihak berkuasa mengatakan punca kematian masih belum ditemui.

Dikatakan, hotel ini telah meragut hampir 16 nyawa atau mungkin lebih. Namun, kebanyakan kes pembunuhan yang berlaku di hotel ini tak dapat diselesaikan dan kekal menjadi misteri sehingga ke hari ini.

Sumber: ati, wikipedia

 

Baca: Siapa Bunuh Elisa Lam? Mayat Dijumpai Dalam Tangki Air Hotel, Kematian Gadis Misteri Masih Jadi Tanda Tanya Hingga Kini

Sumber: Film Daily