Bapa kepada bayi lelaki berusia 11 bulan yang memakai alat bantuan pernafasan ketika menaiki motosikal akui tertekan dengan dakwaan daripada sesetengah pihak yang mengatakan dia menghilangkan diri.
Mohd Azlan Ishak, 36 menjelaskan bahawa dia sebaliknya sedang uruskan hal pernikahannya dalam tempoh beberapa hari ini.
Artikel berkaitan : “Saya tahu ia dosa besar” – Ramai Salah Anggap & Buat Tuduhan, Bapa Bayi Pakai Alat Pernafasan Akhirnya Bersuara
Artikel berkaitan : “Saya tak tahu nak ucap macam mana” – Bapa Bayi Pakai Alat Pernafasan Sebak Terima Bantuan Kereta
Menurutnya, dia telah ke Masjid Al-Makrufi di Alor Setar, Kedah untuk memohon bagi mengisi borang nikah dan pada Isnin pula ke klinik untuk buat ujian HIV dan ujian darah.
“Jika semua selesai hari ini (Isnin), esok saya akan akad nikah dengan pasangan. Pihak masjid cakap jika urusan semua selesai awal, urusan akad nikah dapat disegerakan, alhamdulilah.”
Jelasnya, banyak pihak yang telah tampil untuk menghulurkan bantuan bagi memudahkan urusan pernikahan bersama pasangannya iaitu Nor Hidayu Halim, 34, dan kini berada pada fasa akhir.
Mohd Azlan turut tegaskan bahawa dia tidak pernah meninggalkan ibunya bersendirian sepertimana dakwaan segelintir pihak.
“Pada satu tahap memang saya rasa nak ‘down’ tapi saya perlu terima dan gagahkan diri. Benda yang tidak berlaku mereka (segelintir pihak) buat anggapan yang bukan-bukan.”
“Datang jumpa sendiri kami dan tengok keadaan sebenar. Saya tidak marah jika orang tanya dan saya akan berterus-terang. Jangan buat anggapan sendiri.”
“Ada yang kata saya tinggalkan ibu yang sedang sakit, walaupun saya tidak belajar pandai tapi saya masih ada akal dan tidak akan tinggalkan ibu saya.Saya perlu sabar demi anak saya kerana sebelum ini saya sangat susah. Sebelum ini saya tidak ada apa-apa selain zuriat saya yang berada di hadapan mata ini.”
Jelasnya lagi, Nor Hidayu sudah bercerai dengan bekas suaminya pada Ogos 2023 dan telah selesai menamatkan tempoh idah. Katanya lagi, mereka sudah pergi ke pejabat agama untuk failkan penceraian, bagaimanapun proses tergantung kerana tidak mampu membayar RM60 bagi melengkapkan borang cerai akibat kesempitan hidup.
Bahkan, dakwaan yang mengatakan Nor Hidayu beli barang kemas yang harganya mencecah RM 20,000 turut ditepis oleh Azlan.
“Saya tidak tahu dari mana mereka dapat info sedemikian kerana Nor Hidayu hanya beli sebentuk cincin RM800 sahaja bagi tujuan kahwin dan bakal emak mentua yang belikan dan ada resit.”
“Mereka juga dakwa anak kami telah terima sumbangan sehingga RM200,000. Saya pun tidak tahu jumlah itu datang dari mana sebab saya tak periksa bank lagi.”
“Sekarang kami masih guna duit sumbangan orang yang datang beri di rumah sahaja.”
Baru-baru ini, pasangan tular yang membawa bayi lelaki berusia 11 bulan memakai alat bantuan pernafasan menaiki motosikal baru-baru ini akan dinikahkan dalam masa terdekat.
Sumber : Sinar Harian