in

“Saya tahu ia dosa besar” – Ramai Salah Anggap & Buat Tuduhan, Bapa Bayi Pakai Alat Pernafasan Akhirnya Bersuara

Bayi Alat Pernafasan Bapa Penjelasan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak minggu lepas, tular kisah berkenaan pasangan yang membawa seorang bayi lelaki berusia 11 bulan menggunakan alat pernafasan menaiki motosikal hingga mendapat perhatian Perdana Menteri kita sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Walau bagaimanapun, sejak tularnya kisah tersebut, pelbagai berita yang keluar mengenai pasangan itu yang didakwa masih belum berkahwin dan ada juga yang berspekulasi mereka menghilangkan diri semalam.


Astrogempak Keluarga Bawa Bayi Pakat Alat Bantuan Pernafasan Tak Sangka Viral

Sungguhpun begitu, menurut laporan terkini, pasangan ini tidak menghilangkan diri kerana hadir ke masjid untuk urusan borang nikah.

Artikel berkaitan: Pasangan Bawa Bayi Pakai Alat Pernafasan Tunggang Motosikal Sudah Hilangkan Diri?

Artikel berkaitan: “Saya tak tahu nak ucap macam mana” – Bapa Bayi Pakai Alat Pernafasan Sebak Terima Bantuan Kereta

“Cukup ke RM50 untuk tampung semua ni?” 

Disebabkan pelbagai persepsi buruk yang diterimanya, Mohd Azlan Ishak, 36, bapa kepada bayi yang mengalami masalah paru-paru kronik ini tampil menceritakan hal sebenar.

Menurut Azlan, nasib dirinya yang merupakan individu miskin tegar memaksanya untuk hidup dalam situasi sebegitu dan dia masih tahu tentang dosa dan pahala.

Bayi 2

Saya bekerja sebagai pembantu pelantar ikan, sehari biasa dapat RM50 untuk sara keluarga. Saya juga mempunyai anak sakit, memerlukan penjagaan yang kosnya sangat besar. 

“Selain itu, saya anak tunggal mempunyai seorang mak yang terlantar akibat darah tinggi dan kencing manis. Jadi cuba fikirkan, cukup ke RM50 untuk tampung semua ni termasuk makan minum sekeluarga? Tidak, tapi kami sedaya upaya hidup ala kadar. 

“Ramai yang cakap dekat saya, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Percayalah saya dah cuba bermacam ikhtiar tapi belum ada hasilnya. Buat dua kerja dalam sehari pun saya dah usahakan, tetap belum cukup rezeki. 

“Saya mohon bantuan daripada agensi berkaitan tapi banyak birokrasinya. Saya yakin kalau kita letakkan sesiapa pun pada tempat saya, mereka akan pilih jalan sama yang saya ambil,” kata Azlan yang kecewa dengan tohmahan yang diterimanya.

Tersepit antara halalkan pasangan atau keperluan anak 

Dalam pada itu, Azlan juga mendedahkan yang dia tersepit di antara hendak menghalalkan pasangan atau memenuhi keperluan anaknya.

“Pastinya pernah terlintas di fikiran saya untuk bernikah segera, saya tahu ia satu dosa besar tinggal serumah dengan wanita yang belum dikahwini, apatah lagi berhubungan intim dengannya. Saya akui salah daripada pihak saya dan saya menyesal.

“Tapi dalam keadaan saya dihimpit kesusahan, berkahwin bukan lagi menjadi satu keutamaan. Tumpuan saya adalah pada anak saya, Aariz Zafran, saya mahu cukupkan semua untuk dia baru fikir yang lain. 

14

“Itu sebab pernikahan kami sering tertangguh, hendak selesaikan urusan perceraian pasangan dengan bekas suami pun memerlukan duit. Mungkin ada yang kata RM60 je, tapi jumlah itu sangat besar untuk kami. 

“Alhamdulillah, mungkin satu rahmat dari Tuhan apabila hari tu kami viral, ramai yang menghulurkan bantuan. Dengan itu, beban kami sedikit terangkat dan kini mampu untuk meneruskan perkahwinan,” katanya lagi.

Kata Azlan lagi, meskipun dia pernah terjebak dengan najis dadah sebelum ini, kehadiran anaknya telah mengubah kehidupannya dan dia kini menyesali segala kesilapan lampau yang telah dilakukannya.

Bayi 1

Harapnya masyarakat tidak terus menyisihkan saya sebab satu bahagian dalam saya ni. Bimbinglah saya,” kata Azlan lagi.

Apa-apapun kita doalah semoga urusan Azlan untuk mendirikan rumah tangga dan menjaga anaknya dipermudahkan. 

Sumber: mStar

Sumber: mStar
Sumber: BERNAMA
Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.