in

“Saya tak tahu nak ucap macam mana” – Bapa Bayi Pakai Alat Pernafasan Sebak Terima Bantuan Kereta

Bapa Bayi Alat Pernafasan Sebak Terima Kereta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kisah mengenai pasangan suami isteri membawa bayi mereka yang memakai alat bantuan pernafasan dengan menaiki motosikal telah meruntun hati ramai orang.


Bahkan, kisah keluarga ini juga mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta bantuan orang ramai untuk menyalurkan maklumat mengenai keluarga ini.

Sebak terima bantuan kereta

Terbaharu, seorang pengusaha kedai automotif yang dikenali sebagai Daniel Firdaus berkongsi berita gembira dengan memberikan bantuan kereta kepada bapa bayi berkenaan, Mohd Azlan Ishak.

Menerusi perkongsian Daniel di Facebook, Azlan meluahkan rasa sebak dan hilang kata-kata ketika menerima sebuah kereta jenis Proton Persona sambil memeluk mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi membantu mereka sekeluarga.

Artikel berkaitan: “Belum dapat bantuan tetap” – Ini Kisah Keluarga Tular Bawa Bayi Pakai Alat Pernafasan Naik Motosikal

Artikel berkaitan: PM Kini Sedang Mencari 3 Sekeluarga, Tular Naiki Motosikal Bawa Bayi Guna Alat Bantuan Pernafasan

“Alhamdulillah selesai proses penyerahan kereta Persona kepada En. Lan serta isteri. Harap sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban yang dihadapi anaknya yang menghidap paru-paru kronik. Allahu, besar ujian En. Lan, tapi En. Lan tetap kuat,” tulisnya.

Image 56 338X600 1

Malah Daniel turut membuka cerita yang Azlan sebelum itu pernah berkunjung ke premis miliknya untuk mencari kereta terpakai dengan harga sekitar RM1,000 hingga RM2,000 bagi membolehkan dia membawa anak ke hospital ketika waktu hujan.

Susulan itu, pengusaha terbabit meminta Azlan memilih sahaja kereta terpakai yang dia rasa bersesuaian sehingga membuatkan suami isteri itu menangis sebak.

Untuk info, Azlan merupakan seorang pembantu nelayan dan hanya memperoleh gaji harian sebanyak RM50 untuk menampung keperluang keluarga.

Anaknya yang berusia 11 bulan terpaksa bergantung pada alat bantuan pernafasan Continuous Positive Airway Pressure (CPAP) kerana menghidap penyakit paru-paru kronik, saiz limpa besar dan gerd ketika berusia dua bulan.

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.