in

“Jarang Mat Sabu tak kelakar” – [VIDEO] Reaksi Mat Sabu Di Parlimen Curi Perhatian Netizen

Cats 41

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang sedia maklum, semalam bermulanya sidang khas Dewan Rakyat dan seperti yang dijangkakan berlaku beberapa insiden pertikaman lidah dan kekecohan berlaku dalam sidang khas tersebut terutamanya perkara berkaitan kekeliruan mengenai Proklamasi dan Ordinan Darurat pada sidang berkenaan.


15 Parlimen Kiri Bawahxxx

Menurut Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pengumuman oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hasan tentang pembatalan enam Ordinan Darurat yang dibuat pada 21 Julai lalu tidak perlu dibahaskan kerana pihak kerajaan tidak akan melanjutkan Proklamasi Darurat tersebut selepas 1 Ogos nanti, menurut suatu laporan oleh Astro Awani.

Terdapat beberapa perkara yang dibincangkan kerana sepanjang persidangan tersebut banyak isu telah dibentangkan terutamanya yang bersangkutan dengan Pelan Pemulihan Negara (PPN) namun ada suatu insiden yang mencuri perhatian netizen ketika tiba giliran Ahli Parlimen Kota Raja, YB Mohammad Sabu.

Screenshot 2021 07 27 122500

Menurut video pendek tersebut, Mohammad Sabu atau lebih dikenali dengan Mat Sabu tersebut pada awalnya ditegur oleh Ahli Parlimen Masjid Tanah yang juga merupakan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati kerana tidak mengenakan pelitup muka ketika berbahas.

Namun, gelagat Mat Sabu meminta maaf kepada Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Dato’ Sri Azalina Othman telah mengundang gurauan daripada Ahli Dewan yang lain kononnya beliau ‘ada hati’ dengan Timbalan YDP dewan tersebut.

“Dato suruh apa pun saya patuh, asal bagi masa lebih sahaja”

Walaupun kekeliruan tersebut cuba diterangkan oleh Timbalan YDP, tetapi mantan Menteri Pertahanan tersebut tetap menyangka yang menegurnya adalah Azalina, bukannya Masjid Tanah.

Keadaan dewan yang tegang sebelum itu dipenuhi dengan gelak tawa daripada menteri dan Azalina sendiri apabila Mat Sabu secara berseloroh mengiyakan gurauan yang diberikan oleh Ahli Parlimen Arau tersebut.

“Kalau speaker ada niat, apa salahnya”

Namun, gurauan tersebut terhenti selepas Mat Sabu meneruskan perbahasannya mengenai pengistiharan darurat yang dikatakan dibuat ketika waktu yang tidak penting.

@501awaniYB Mat Sabu ditegur untuk pakai pelitup muka ketika berbahas ##SisiTVParlimen ##AWANInews ##TikTokNews ##FYP♬ original sound – ??Astro AWANI??

Menjenguk ke ruangan komen, pastinya ramai turut merasakan tindakan spontan mantan Menteri Pertahanan ini menggelikan hati.

Tik Tok A

Namun, tidak kurang juga netizen yang tidak berpuas hari dan mengatakan tindakan mereka yang sempat bergurau dikala negara sedang mengalami suatu musibah besar ini adalah perkara yang sia-sia dan tidak mendatangkan faedah.

Tik Tok B

Min tak tahu nak cakap apa, tapi jarang ‘Abang Mat’ tak kelakar.

Baca : “Macam buat di pasar malam” – Dewan Rakyat Kecoh Lepas Menteri Undang-Undang Umum Ordinan Darurat Terbatal

Ft Dewan Rakyat Chaos Ordinan Darurat Batal

 

 

Sumber: Utusan
Sumber: Awani
Sumber: Awani
Sumber: Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.