in

“Macam buat di pasar malam” – Dewan Rakyat Kecoh Lepas Menteri Undang-Undang Umum Ordinan Darurat Terbatal

Ft Dewan Rakyat Chaos Ordinan Darurat Batal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Suasana sidang parlimen yang berlangsung bertukar huru hara selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan menjelaskan bahawa semua ordinan darurat yang diisytiharkan tahun ini tidak boleh diguna pakai lagi bermula 21 Julai.


Ya, tak boleh pakailah.”

Kerajaan telah memutuskan, berdasarkan Artikel 150 (3) (Perlembagaan Persekutuan), untuk membatalkan semua peraturan ordinan darurat (dirumuskan) selama pengisytiharan darurat.”

Takiyudin

Lim Guan Eng kemudian memohon penjelasan sama ada Yang di-Pertuan Agong berkenan terhadap pembatalan undang-udang berkenaan. Pengumuman tersebut telah menyebabkan bantahan daripada pihak pembangkang yang menuntut Takiyuddin menjelaskan bilakah peraturan itu dibatalkan dan melalui mekanisme apa.

Menurut Malaysiakini, sebilangan anggota parlimen pembangkang mengatakan peraturan darurat harus dibatalkan melalui Parlimen sebagaimana yang dikehendaki oleh Pasal 150 (3).

 

“Satu bentuk penghinaan khususnya terhadap Agong” – Ketua Pembangkang

Turut membantah, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang mengecam kerajaan di mana menurutnya tidak mengikut prosedur dalam membatalkan semua peraturan ordinan darurat. Katanya, pembatalan tersebut perlu dibuat melalui cara yang sama bagaimana ia diisytiharkan iaitu melalui Yang di-Pertuan Agong atau melalui Parlimen.

Saya tidak pasti hal yang diumumkan menteri (Takiyuddin) telah dipersembahkan atau diperkenankan. Tak disebut.”

Kalau ini belum berlaku, pengumuman (pembatalan) ini tidak boleh dibuat dengan satu bentuk penghinaan kepada institusi Raja-raja Melayu, khususnya Agong.”

Anwar

Anwar turut berkata perkara itu tidak wajar dan kerajaan perlu menghormati Artikel 150(3) Perlembagaan Persekutuan serta membenarkan peraturan ordinan terbabit dibahaskan di Parlimen.

Tak boleh kata umpamanya ‘hari ini kita isytiharkan darurat’. Pada sesi (kemudian) kata ‘kita dah batalkan minggu lalu’.”

Ini pasar malamkah?”

Kalau ini pun tidak dihormati, bolehkah kita bayangkan hal-hal lain yang kita bincang akan dihormati?”

Baca: “Memberontak tapi mengutamakan pesakit” – [Video] Doktor Kontrak Adakan Protes Di MAEPS

Cats 40

Sumber: Malaysiakini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.