in

“Pegang, angkat, ci*m” – Lelaki Warga Asing Ceroboh Sekolah, Buat Gangguan Terhadap Murid

Warga Asing Ceroboh Sekolah Cium Murid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki warga asing dalam buruan polis bagi membantu siasatan membabitkan dakwaan cubaan culik dan gangguan fizikal terhadap murid sekolah di kawasan sekolah rendah di Arau, Perlis.

Kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira 5 petang semalam dan dilaporkan oleh seorang lelaki bersama isterinya yang mengajar pelajar kelas silat di padang sekolah berkenaan.


Menurut Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi, pengadu mengatakan seorang lelaki warga asing masuk ke perkarangan sekolah melalui pintu pagar belakang dan terus menuju ke kawasan padang tempat mereka berlatih.

Artikel berkaitan: “Dia minta urut” – Bapa Lapor Polis Dakwa Jurulatih Sukan Buat Gangguan S*ksual Terhadap Anak

Artikel berkaitan: Dakwa 2 Kali Kena Gangguan Seksual 4 Tahun Lalu, Pelajar 17 Tahun Heret Guru Ke Mahkamah

“Suspek kemudian bertindak memegang, mengangkat serta mencium beberapa murid lelaki tanpa sebab yang munasabah,” katanya.

Katanya lagi, pengadu yang curiga dan bimbang suspek mempunyai niat buruk segera menghalang perbuatan lelaki terbabit.

Pengadu terus mengarahkan suspek beredar dari kawasan itu sebelum dibantu pengawal keselamatan sekolah yang tiba untuk mengusirnya dengan segera.

“Suspek terus beredar meninggalkan kawasan sekolah dan melarikan diri menuju ke kawasan hutan berdekatan.

“Pengadu juga memaklumkan bahawa suspek didapati tidak mahir menggunakan bahasa Melayu, sebaliknya hanya bercakap dalam bahasa Thailand,” katanya.

Pada masa sama, polis turut berjumpa bersama pihak sekolah bagi mengesahkan insiden berkenaan.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.