in

“Jangan selamba cakap, biar jadi pengajaran” – Kini Viral di Media Sosial, Suharnizan Didakwa Bakal Saman Eira Azira RM 2 Juta?

Suharnizan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di sana sini, admin yakin kita semua tak habis-habis bersembang mengenai isu ‘influencer’ bernama Eira Aziera yang dikatakan telah ‘body shaming’ seorang pengguna media sosial yang bernama Suharnizan Md Sidek.

Demi membersihkan namanya, Suharnizan baru-baru ini telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Eira mengikut Seksyen 233 (1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan membuat laporan polis terhadap influencer tersebut.


Bagi yang tak tahu, Suharnizan ini juga bertugas sebagai seorang pesuruhjaya sumpah tau! Jangan main-main! 

Laporan Polis

 

Bakal saman Eira RM 2 juta? 

Namun menerusi perkongsian yang kini sedang viral di Facebook, seorang individu yang mendakwa dirinya sahabat kepada Suharnizan memberitahu bahawa wanita tersebut bakal mengemukan saman berjumlah RM 2 juta kepada infuencer terbabit. 

https://www.facebook.com/ViralMediaMalaya/posts/1602999473241827

Namun begitu, tidak diketahui sejauh mana kebenaran di sebalik posting tersebut. Pihak Suharnizan juga tidak membuat sebarang kenyataan rasmi setakat ini.

Walau bagaimanapun, menurut Harian Metro, peguam bagi pihak Suharnizan iaitu Mohd Rasheed Hassan berkata, walaupun terdapat permohonan maaf yang dibuat daripada pihak Eira berkaitan hal tersebut, isu ‘body shaming’ ini boleh didakwa mengikut undang-undang.

“Perkara ini perlu dijadikan pengajaran terutama kepada sesiapa saja di media sosial yang melakukannya. Jangan selamba cakap, perlu berfikir dulu sebelum mengatakan sesuatu di laman sosial sebab undang-undang itu ada. Perkara ini memberi kesan kepada mangsa.

“Memang nampak dia ada buat permohonan maaf melalui FB, tapi saya rasa makian yang dibuat pada klien saya adalah lebih lapan minit. Kalau dia nak minta maaf, kita akan sediakan skripnya termasuk pengakuan tidak akan buat lagi, tidak akan mengatakan benda negatif terhadap klien kami, tuntutan ganti rugi dan sebagainya.

“Kalau perkara itu boleh dipersetujui atau ‘make an offer’ untuk kita selesaikan luar mahkamah. Tapi kalau dia senyap, kita boleh cari dia atau kalau tidak, kita terpaksa berjumpa di mahkamah,” katanya.

Itulah kata orang, terlajak perahu boleh diundur tapi terlajak kata… tanggunglah akibatnya. 

Baca: “Habis tutup periuk sendiri” – Viral Video Kutuk Wanita & Restoran 35, Jenama Produk Tampil Jelaskan Siapa Eira Aziera

Aziera

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.