Tular di media sosial baru-baru ini berkaitan posting yang dimuat naik seorang netizen @sitiraudzah di X yang pelik dengan soalan yang diajukan dalam buku latihan pelajar sekolah.
Menerusi posting itu, dia menyatakan rasa pelik dengan soalan tersebut yang dianggap agak ‘KBAT’ dengan meminta pelajar untuk memilih penampilan seorang individu berdasarkan jenis makanan yang diambil mereka.
Menerusi soalan itu, pelajar ditanya mengenai penampilan individu bernama Liza jika dia hanya suka makan daging dan tidak suka makan sayur-sayuran.
Mengeleng kepala saya dibuatnya. Terkasima. Lama saya tengok soalan ini. Inikah KBAT? pic.twitter.com/4IOWLFA8Yr
— Siti Raudzah Ghazali (@sitiraudzah) January 28, 2024
Agak-agak logik tak jawapan bagi Liza ini mempunyai berat badan yang tinggi disebabkan dia tidak suka makan sayur dan suka makan daging?
“Apa punya logic ni?”
Soalan berkenaan jelas-jelas mendapat kritikan netizen yang merasakan ia tidak sesuai dijadikan soalan dalam buku latihan murid sekolah kerana ia menjurus ke arah ‘body shaming’.
Malah ada juga yang mengatakan tidak semestinya jika seseorang itu tidak makan sayur langsung, berat badannya tinggi.
Tak cukup dengan itu, ada juga di kalangan netizen meminta ibu bapa untuk memantau buku-buku latihan yang dibeli mereka di luar sekolah kerana ada di kalangannya tidak mematuhi standard.
Harap pihak KPM pun ikut sama pantau buku-buku latihan sekolah dengan soalan begini.
Sumber: X