in

“Jangan sampai hidup awak musnah kerana ARMY” – Ancaman ‘Menggerunkan’ Penyokong BTS Buat Netizen Terbahak

Army7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak salah nak minat artis tu tapi berpada-pada lah, jangan sampai taksub sangat. Standard lah kalau orang tu tak minat idola kita sebab masing-masing ada citarasa muzik sendiri.


Tergagam bila baca mesej ancaman daripada peminat tegar BTS ni, mungkin disebabkan terlalu banyak troll kumpulan Kpop, gadis bernama Fatin Afeefa ini menerima mesej amaran yang boleh mengancam keselamatan hidupnya.

 

“Jangan sampai hidup awak musnah kerana isu ARMY”

Bagi sesiapa yang tak tahu, ARMY ini merupakan nama kelab peminat untuk kumpulan Kpop yang namanya sedang meningkat naik BTS.

Jadi, biasalah kan muzik Kpop ni ada yang fanatik, ada yang tak. Bagi yang tak minat mereka pasti akan troll, bagi yang minat pula, ada yang sampai taksub dan menganggung-agungkan idola mereka sehinggakan tak boleh kena usik sikit.

Itu sebablah sampai sanggup buat fake account nak ancam orang tu. Uuuu, cuba baca mesej dia kat bawah ni gerun tak?

Army
Sumber : twitter

Netizen? Korang faham-faham lah, kalau bab-bab Kpop ni, mesti cepat sangat viral. Sudah semestinya ia menjadi bahan lawak mereka.

 

Fuh ugutan ni..Takutnya – Netizen

Army6  Army2 Army3 Army4

Entahlah dengan admin sekali nak tergelak baca ni, macam admin katakan tadi lah tak salah nak minat tapi beragak-agaklah. Tak perlu nak obses sangat, memalukan je.

 

Baca : ‘Hangin’ Satu Badan Dilabel Bodoh, Peminat Tegar Kpop Ini Sanggup Tayang Result Cemerlang PMR & SPM 

Kpop

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.