in

Kad Akses Disekat, Lelaki Berpangkat Dato’ Ni Naik Angin Terajang Guard Sebab…

Sepak5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setinggi mana pun pangkat dan darjat seseorang itu, kalau tiada adab dan budi bahasa yang baik pun tak guna.


Gelaran yang ada pada diri itu bukanlah ‘token’ untuk diberi layanan lebih bagus daripada golongan lain. Peraturan tetap peraturan, semua mesti kena ikut.

Tindakan seorang lelaki yang dikatakan berpangkat Dato’ ni macam orang tak sivik!

 

Terajang Guard, buka pintu palang sesuka hati sebab…

Menurut sumber daripada Hilmi Adi Ruzaini ini, kejadian ini berlaku di Taman Sri Gombak. lelaki yang dipercayai berpangkat Dato’ ini dikatakan ada kaitan dengan parti MCA.

Walaubagaimanapun identiti lelaki tersebut masih belum di kenal pasti. Dua video yang menunjukkan lelaki tersebut masuk ke bilik pengawal keselamatan lalu buka pintu palang masuk tanpa meminta izin.

“CTV video taken at Taman Sri Gombak, Kuala Lumpur. A man claiming himself to be Dato’ and related to MCA party, did not pay maintenance fee for more than a year, when they block his access card, he kicked a guard to open the boom gate to let his car pass through.”

Bukan itu sahaja, lelaki tersebut siap menyepak pengawai keselamatan yang menjaga pintu palang tersebut.

Menurut sumber lagi, kad akses lelaki itu telah di sekat kerana tidak membayar yuran penyelenggaraan lebih daripada setahunTu sebablah terus pakai title dan boleh buat tindakan sesuka hati tu. 

Kesiannya guard tu cuma buat kerja dia je, nampak dalam video pertama tu dia macam ketakutan. Mana tak nya, masuk-masuk terus kena terajang, tak apalah admin doakan guard tu dimurahkan rezeki.

 

Baca : Lelaki Dipukul Pengawal Keselamatan Hingga Pecah Kepala Kerana Tidak Dengar Larangannya Bermain Bola

Larangan

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.