in

“Jangan buat main” – Simpan Baju Arwah Untuk Ubat Rindu, Wanita Terkena Penyakit Misteri Lepas 5 Tahun

arwah 6
TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila diuji dengan pemergian orang tersayang, pasti membuatkan kita rasa sedih lebih-lebih lagi jika melibatkan ahli keluarga. Jadi, segelintir orang memilih untuk menyimpan pakaian arwah untuk dijadikan kenangan agar terasa ‘lebih dekat’ dengan arwah.

Pun begitu, seorang pemandi jenazah, Lasminah Dul Siraj dalam temu bualnya bersama Mingguan Wanita berkata, perbuatan sebegitu tidak elok kerana boleh mengundang pelbagai kesan buruk beberapa tahun selepas arwah ‘pergi’.


Tak dapat detect sakit apa…

Dalam video tersebut, Puan Lasminah melarang orang ramai menyimpan tanpa membasuh pakaian terakhir yang disarung oleh simati dari hospital.

Artikel berkaitan: “Menggigil tangan aku remove eyelash jenazah” – Meninggal Ketika Pakai Make Up Tebal, Tukang Mandi Kongsi Kisah ‘Ngeri’

Artikel berkaitan: “Urusan pengebumian perlu disegerakan” – Lelaki Dikecam Netizen Gara-Gara Pertikai Kelajuan Van Jenazah

Yang ada peluh-peluh tu.. jangan sesekali kita ambil dan simpan. Boleh kita ambil tapi basuh dulu. Kalau tak ‘benda’ tu akan ‘kejar’.

Contohnya, kamu ambil baju arwah keluarga kamu.. buat kenangan katanya, masa ni elok sihat tapi nanti bertahun-tahun kamu mula sakit. Kamu mula sakit, tak tentu arah.. pergi hospital tak dapat detect.

“Basuh dulu baju tu”

Puan Lasminah turut berkongsi cerita seorang pesakitnya yang diuji dengan sakit misteri sehinggalah dia teringat ada menyimpan baju arwah kakaknya yang tidak dibasuh selama 5 tahun.

Kak, ada satu yang saya teringat.. baju kakak saya ada saya simpan.. arwah dah meninggal 5 tahun lalu.. saya simpan tapi tak basuh.. yang hospital gunting. Ada dalam bantal tu..

Puan Lasminah bagaimanapun menyuruh pesakit tersebut basuh dahulu baju itu, keringkan dan simpan semula di dalam bantal. Mujur selepas berbuat demikian, pesakit itu dapat tahu dia menghidap kencing manis.

Jangan main-main benda peninggalan yang ada melibatkan bau dan peluh arwah..

@mingguanwanita

“Jangan simpan baju arwah terutama ada bau-bau peluhnya. Sebabnya biasa ada “benda” mengikut. Ia bukan berlaku seminggu dua tapi dalam tempoh bertahun, ada saja hal yang akan buat kita tak sihat. “Dah basuh tak apa. Tiada masalah. Simpanlah. Acik pernah berhadapan dengan kes ada orang minta tolong mengubatnya. Bila di check-check, dia mengaku simpan baju arwah… Ikuti kisah menarik bersama Puan Lasminah Dul Siraj yang juga tukang mandi jenazah berpengalaman berpuluh tahun dalam urusan jenazah di Sembang Wanita Xtra. Mati itu pasti dan semoga kisahnya menjadi iktibar buat kita yang menontonnya.

♬ original sound – MingguanWanita – MingguanWanita

Menjengah ke ruangan komen, ada netizen berkongsi pengalaman yang sama menghidap penyakit misteri selepas menyimpan pakaian peninggalan arwah.

arwah 1

Min pun baru tahu ni…

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.