Jangan Buat 8 Perkara Ni Kalau Tak Nak Pahala Puasa Berkurang!

Pejam celik, pejam celik admin rasa macam baru semalam kita masuk bulan Ramadan. Tapi tup-tup dah lepas pun satu fasa pertama 10 hari dalam bulan yang mulia ni. Seperti yang ramai tahu, Ramadan adalah bulan penuh dengan limpahan pahala dan doa-doa hamba seperti kita ni mudah dimakbulkan kalau kita benar-benar meminta.

Dalam mengejar pahala, kita ni biasalah anak-anak Adam mudah terleka dan tak lari dari buat kesalahan. Certain kesalahan yang kita buat tu kadang-kadang sebabkan pahala puasa berkurang. Ini kami senaraikan 8 perkara yang boleh buat pahala puasa berkurang.

 

1. Cakap bahasa kesat

Gambar hiasan

Memang susahkan sebenarnya nak kawal perkara yang dah jadi habit dalam tempoh 11 bulan dalam setahun? Kalau dulu mulut sedap je cakap lepas dan maki-maki orang. Tapi bila dalam bulan Ramadan, korang kenalah kawal lidah tu dari keluarkan kata-kata kesat yang tak sepatutnya. Hormatilah bulan mulia ni dan jangan hanya jaga lidah saja tapi jaga jugak adab ketika berkomunikasi kat media sosial.

 

2. Riak

Maybe ramai yang tak sedar dorang buat benda ni. Tapi tahukah korang ayat-ayat kat bawah ni boleh kurangkan pahala puasa?

  • “Hari ni aku puasa, korang puasa ke?”
  • “Korang berbuka apa? Aku berbuka buffet kat Hotel Pullman je.”
  • “Done terawih / mengaji / tahajjud. Korang dah ke belum?”

Nasihat admin lebih baik tak payah tayang amal ibadat yang kita buat terutamanya kat media sosial kerana ia menimbulkan rasa riak dan sekaligus kurang ler pahala puasa tu.

 

3. Buka aurat

Sumber: Blog

Kalau ada kumpulan wanita yang selalu pakai tudung masa bulan Ramadan je, haa ada pulak jenis wanita yang tak endah bulan Ramadan pun dan slumber dia je nak seksi-seksi masa bulan mulia ni. Yang paling tak tahan, pakai shorts, baju singkat dan ketat masa ke bazaar Ramadan pulak tu. Alahai cubalah tutup aurat tu sikit demi hormati Ramadan ni. Mana tahu Ramadan permulaan untuk kita berhijrah kan?

 

4. Buat aksi tak senonoh kat tempat awam

Sumber: Blog

Pesanan ni khas buat pasangan yang belum berkahwin kat luar sana tu. Ramadan ni elakkanlah berdating atau berdua-duaan kat tempat awam atau sunyi. Kalau pergi bazaar Ramadan bersama, pastikan ada ‘halal gap’ dan jangan suka-suka pegang tangan pasangan bukan mahram. Haram tau! Terbang habis pahala puasa korang sebab benda macam ni.

 

5. Tonton benda haram

Gambar hiasan

Selain daripada jaga mulut, mata pun kena dijaga jugak dari tonton benda-benda yang tak senonoh kat TV ataupun internet dan media sosial. Yelah kan, benda-benda tak senonoh ni paling mudah tersebar kat mana-mana. Sebagai contoh video ehem-ehem sorang pelakon lelaki ni. Ramai sungguh admin tengok perempuan yang sibuk bertanya kat mana nak tengok video tu. Korang tak tau ke pahala puasa boleh jadi zero kalau tengok video macam tu?? Haisshh! 

 

6. Banyak tidur

Siapa kata puasa tak penat? Penat memang penat sebab badan tak ada energy bila kita tak cukup makan. Tapi janganlah pulak kita jadikan penat ni sebagai alasan untuk tidur seharian masa bulan puasa ni. Tidur sepanjang hari tu makruh tau dan korang boleh hilang pahala berpuasa. Apa kata isi masa dengan buat aktiviti mengemas ke ataupun beribadah kepada Allah. Kan dapat extra pahala!

 

7. Malas bersahur

Gambar hiasan

Menjadi satu kerugian bagi mereka yang berpuasa tapi malas bangun sahur. Nabi SAW sendiri pernah menegaskan yang bersahur tu baik dan ada keberkatan serta kelebihannya tersendiri. Kalau malas nak bangun awal-awal, bangun dekat-dekat waktu Subuh pun boleh sebab melewat-lewatkan sahur tu antara perkara sunat yang dianjurkan Rasulullah SAW.

 

8. Berbelanja sampai membazir

Gambar hiasan

Antara sebab ramai yang suka sangat bulan Ramadan ialah kerana ia merupakan pesta makanan yang mana macam-macam juadah boleh dibeli kat bazaar Ramadan sampai penuh satu meja. Paling menyedihkan, dah beli makanan satu meja tapi dapat makan satu juadah je sebab terlampau kenyang sangat. Bersederhanalah di bulan Ramadandan kurangkan pembaziran.

Apa-apapun diharapkan korang jauhilah daripada lakukan perkara-perkara di atas kalau tak mahu pahala berpuasa kurang dengan sia-sia saja. Lebih baik cari amalan untuk tambah pahala kan?

Baca: “I tak puasa sebab I tak solat 5 waktu” 

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!