in

“I tak puasa sebab I tak solat 5 waktu”

Makaaaan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"I tak puasa sebab I tak solat 5 waktu"
Loading
/

Baru je awal Ramadan hari tu mencetuskan kontroversi sebab muat naik video parodi berpakaian wanita sambil menyanyi dengan tarian tak senonoh, instafemes ni kembali lagi membangkitkan kemarahan orang ramai.


Mana tidaknya, instafemes bernama Faiz Roslan ni dikatakan langsung tidak menghormati bulan Ramadhan sebab membuat pengakuan secara terbuka dan dengan bangganya memberitahu pengikut-pengikut di laman Instagram dia tidak berpuasa!

1 6
sumber: instagram

Lebih teruk lagi apabila Faiz macam tak ada rasa bersalah dan tak sensitif langsung menunjukkan rakannya yang juga tidak berpuasa sedang makan kat depan dia. Dalam rakaman Instagram live berdurasi 55 saat itu, Faiz menyatakan bahawa dia sedar yang dia tidak menunaikan ibadah solat, jadi tiada gunanya kalau dia berpuasa sekalipun.

“Kepada yang tanya lagi sekali tu, yes kitorang tak puasa. I tak puasa sebab I sedar I tak solat lima waktu pun. So macam kalau I puasa pun macam rugi je, macam nothing.”

2 5
sumber: instagram

Bukan itu saja, Faiz juga dilihat turut mempersoalkan ibadah puasa orang lain selain menasihatkan mereka yang tidak berpuasa supaya jangan tunjuk sangat kalau nak makan tu walaupun tak puasa.

“Korang puasa nak dapat pahala kan, nak puasa penuh, nak full. Tapi korang yakin ke korang puasa tu full? Kalau korang tak solat, dikira kosong. Tapi contohnya kalau korang tak melakukan ibadah tapi nak puasa, boleh takde masalah, tak ada siapa nak halang.”

“Macam I, kalau I nak puasa, I puasa. Tapi (kalau tak puasa tu) jangan tunjuk sangat. Kitorang ni dah tertunjuk, so (makan je lah),” kata Faiz lagi.

Mk
sumber: instagram

Berikutan tularnya video tu, ramai yang menganggap Faiz ni tak insaf dengan apa yang dia dah buat sebelum ni dan tak dengar pun semua nasihat-nasihat daripada individu yang prihatin terhadapnya. Ramai jugak bengang sebab Faiz seakan memperlekehkan tuntutan agama sebab tak puasa di bulan Ramadan hanya kerana sebab yang tak munasabah.

Nasi
sumber: instagram 

Mungkin kerana menerima kecaman dan nasihat bertali arus dari netizen, artis dan pendakwah, akaun Faiz dikatakan kini dah dinyahaktifkan. Macam-macam pula kontroversi bulan puasa kali ni ye. Apa pendapat korang pasal ni?

Tonton video pengakuan instafemes tu kat sini:

Sumber: Instagram

Baca: “Tergamak cemarkan hari suci dengan parodi yang hina”

Parodi 758X398 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.