“Jalan kaki balik kampung” – Lelaki Ini Berjalan Dari KL ke Kelantan, Rupa-rupanya Sebab..

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Pernah tak korang terfikir cara lain untuk tak hadap jem time balik kampung untuk sambutan perayaan? Banyak alternatif lain  contohnnya, car-pooling, bertolak awal beberapa hari, naik flight, dan macam-macam lagi lah. Tapi pernah tak korang terfikir untuk jalan kaki balik kampung?

Ni kami nak share pasal cerita balik kampung jalan kaki. Bukan melawak tapi benda betul-betul jadi. Admin pun mula-mula ingatkan benda lawak, tapi rupa-rupanya.. hmm korang tengok sendiri lah dekat bawah ni. 

 

Baru nak bergurau, sekali…

Memang betul ada orang jalan kaki dari kotaraya Kuala Lumpur ke Kelantan. Yes, kalau tengok Waze mau dekat empat hari, tak termasuk berhenti rehat dan tidur, makan, pegi toilet, solat apa semua tu. Tapi memang ada orang buat. Dari tweet ni, ada seorang warga Twitter yang lain reply, dan memang buat netizen tersentuh.

Ni lah brader yang jalan kaki dari KL ke Kelantan tu. Bukan nak jadi judgemental, tapi itu lah rupa tuan punya badan, nampak macam ada masalah kesihatan. Tapi tak tahu lah. 

Allahu. Memang ada masalah rupanya. Pernah kena buatan orang pulak tu. Dah 3-4 kali balik Kelantan jalan kaki? Admin baca pun rasa sedih. 

Kalau terdetik nak buat berjalan kaki dari KL ke Kelantan pun mesti kita nak bergurau. Aduh yang kerja dekat KL tapi nak balik kampung Tanjung Malim pun fikir banyak kali nak jalan kaki. Memang tak tercapai dek akal nak berjalan kaki balik kampung. 

Sama-sama lah kita doakan kebaikan untuk brader tu. Semoga segala yang dia lalui, segala urusan dia, sentiasa dipermudahkan. Amiin. 

Kita fikir kita susah, tapi ada orang lain yang lagi susah dari kita. Orang yang lagi susah dari kita pun sanggup balik kampung walau apa jua cara sekali pun, kita yang ada kereta moto ni tak balik pulak jenguk family. Renung-renungkan.

 

Baca: “Jem parok wei!”- Try Cara Ni Kalau Tak Nak Tempuh Traffic Jam Kat Bentong & Raub

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fahmy Rosli

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.