Orang ketiga dalam perkahwinan bukanlah satu perkara yang luar biasa. Hampir setiap hari kita dengar atau baca cerita tentang suami atau isteri curang.
Namun bagi pelakon dari Taiwan ini, bukan saja dia perlu hadap kekecewaan bila dapat tahu suami curang, malah orang ketiga dalam perhubungan dia adalah mak kandungnya sendiri. Memang tak boleh diterima akal.
Menurut The Star, pelakon Taiwan, Jiang Pingzeng membuat pendedahan mengejutkan di dalam salah satu rancangan temubual mengatakan bekas suaminya curang dengan mak kandungnya.
Jiang berkahwin dengan bekas suaminya lepas bercinta tak sampai setahun. Malangnya, selepas tujuh tahun berkahwin, dia merasakan asmara antara dia dan suaminya semakin hambar.
Disebabkan itu, Jiang membuat keputusan untuk berjumpa dengan penilik nasib bagi mengetahui punca sebenar keretakan rumahtangganya itu. Penilik nasib tersebut memberitahu Jiang yang suaminya ada perempuan lain.
Tanpa membuang masa, Jiang berhadapan dengan suaminya dan lelaki ini mengaku yang dia mempunyai hubungan sulit. Namun apa yang buat wanita ini lebih terkejut bila dia dapat tahu “perempuan simpanan” suaminya adalah ibu kandungnya sendiri!
Tak cukup dengan itu, suami Jiang siap bagi alasan tak munasbah kenapa dia berhubungan sulit dengan ibu isterinya sendiri.
Kalau saya tak buat, mak awak akan larikan diri dengan lelaki lain.”
Selepas mendapat tahu tentang hubungan jijik ibu dan suaminya, Jiang cuba untuk menghubungi ibunya bagi mendapatkan penjelasan. Namun, ibunya tak jawab panggilan telefonnya.
Jiang kini sudah pun bercerai dengan suaminya dan memutuskan hubungan dengan ibunya.
Macam manalah mak sendiri boleh terfikir nak khianat anak sendiri macam tu? Macamlah tak ada lelaki lain…