in

“Jahanamnya aku sendiri kena explain” – Ending Drama Bersiri Voice Note Terlalu Mindf*ck, Sharifah Sakinah Pening Kena Tolong Jelaskan

voice note

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tengok drama Voice Note lakonan Sharifah Sakinah, Amelia Henderson, Zamarul Hisham dan lain-lain malam semalam? Admin rasa drama ni agak lain daripada yang lain sebab jarang-jarang drama kat Malaysia ni menampilkan genre misteri thriller.

So apa-apapun semalam merupakan episod terakhir bagi drama ini dan ternyata ramai yang tengah pening sebab plot twist cerita ni katanya terlalu mindf*ck. Eh ye ke ni? 


D5jwYuuXoAEVLnm
Sumber: Twitter

 

Kisah pelajar di Kolej Srivilla yang… penuh dengan misteri! 

Bagi mereka yang tidak menonton drama ini, Voice Note mengisahkan seorang wanita bernama Sara yang baru mendaftar sebagai pensyarah di Kolej Srivilla.

Pun begitu, sebaik saja dia mula memasuki kolej tersebut, Sara berasa tak sedap hati dan telah diganggu hantaran voice note misteri ke peti mesej WhatsAppnya. Gadis bernama Mira kemudian mula bercerita mengenai kisahnya dan dua rakan baik iaitu Ika dan Tasya di kolej tersebut.

Kisah 3 gadis ini merupakan tragedi hitam yang pernah berlaku di Srivilla dan lebih mengerikan kesemuanya sudah meninggal dunia! So siapa agaknya yang send voice note tu semua?

D5jwZTaW0AYz0tr
Sumber: Twitter

 

“Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala? Kerja saya pulak nak explain ending Voice Note” 

Disebabkan drama ini mendapat sambutan hangat netizen walaupun hanya 4 episod ditayangkan, ramai fans telah membanjiri ruangan komen pelakon Sharifah Sakinah yang memegang watak Sara untuk meminta penjelasan plot twist di sebalik ending yang tergantung tersebut. 

Pelakon ni pada awalnya okay je nak explain, tapi bila dah makin melalut pulak pemahaman netizen terhadap ending drama ni… haa mulalah Kinah ni pening. Jangan marah eh sis, bila ramai fans tanya tu maknanya adalah season 2 Voice Note. 

kinah
Sumber: Instagram
kinah 3
Sumber: Twitter

 

“Tak tau sapa gila… last-last aku yang gila tengok citer ni” 

Sumber: Instagram

 

“Satu rumah aku layan cerita ni. Semua akan senyap nak dengar Voice Note tu” 

Apa-apapun admin salutelah kepada pengarah dan scriptwriter drama ni yang berani keluar daripada kotak untuk menghasilkan karya seperti ni.

Lain kali nampaknya pihak produksi kenalah lebih kreatif dalam produce drama yang dapat menarik perhatian penonton. Dah ada permintaan ni, so maybe bolehlah buat Voice Note 2 pulak!

vvvv

D5lhnBkXkAEYYS7
Sumber: Twitter

Siapa yang belum tengok lagi drama ni korang boleh je tengok kat Tonton atau kat Youtube rasmi TV3. Pastu kasi review baik punya kat admin eh! 

Baca: [Video] “Kalah mulut orang perempuan” – Inilah Jadinya Bila Orang Lelaki Emosi Tengok Drama Nur 2, Pecah Perut Tengok Dorang Weh!

nurnur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.