in

“Ini hal ‘dalam kain’, haram kita bincangkan” – PU & Dai’ Minta Netizen Jangan Sibuk Isu Ali Puteh & Isteri Arwah Abam Bocey

Hina

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagaikan tak surut-surut, isu peninggalan harta arwah Abam Bocey yang kononnya menjadi perebutan antara keluarga dan isteri arwah kini menjadi topik perbualan hangat antara netizen ramai.


Ramai yang nampaknya jadi ‘tukang nasi tambah’ dan tak kurang juga jadi ‘batu api’ sehingga ada yang memilih untuk menjadi ‘Team Ali’, ‘Team Hidayah’ atau ‘Team Aliff Syukri’. Uish parah dah ni… 

Oleh kerana hal ini sudah makin memburuk, para pendakwah mula meluahkan rasa kesal dan memberi teguran terhadap netizen di luar sana yang dilihat ‘lebih sudu dari kuah’. 

 

“Kunci mulut kita dari berkata sesuatu yang kita tidak tahu. Ini hal ‘dalam kain'” 

Menerusi perkongsian PU Amin di Instagram, beliau secara terang-terangan menegur tindakan Dato’ Aliff Syukri yang dilihat menimbulkan perbalahan antara ipar duai tersebut dan golongan netizen yang terus-terusan menjadi hakim atas apa yang terjadi.

“Inilah kesan apabila sedekah atau sumbangan diumumkan secara public. Ambil video, upload dan tanya soalan peribadi. 

“Akhirnya keluarga arwah dihina, isteri arwah dihina, netizen terus jadi hakim. Hari Jumaat dicemar dengan makian dan doa buruk buat keluarga dan isteri arwah,” katanya.

View this post on Instagram

Penat kadang kadang Rakyat Malaysia nak melayan karenah dan cara Yang Berbahagia Dato Aliff Syukri . Marilah kita muliakan hari Jumaat . Berselawat memuji Baginda Rasul.. . Kunci mulut kita dari berkata sesuatu yang kita tidak tahu . Ini hal ‘Dalam Kain’ yang haram untuk kita bincangkan . Makin dibincang , makin buruk . Saya seru semua rakyat Malaysia , hentilah mencari keslahan Ali , Isteri Arwah , Keluarga Arwah . Kita banyakkan berdoa kebaikan untuk Arwah Abam.. . Jika kalian masih mahu meneruskan bincang bincang harta ini , dipersilakan . Tanggungjawab saya hanya menasihati semua pihak . Inshaallah setelah Allah beri kesusahan pasti ada kemudahan.. . Ya Allah jauhkan kami dari Fitnah , kata kesat , doa yang buruk buruk di Zaman Fitnah ini . Ya Allah peliharalah keluarga ini . Ya Allah berilah kekuatan pada kami untuk berdamai . Aaminnnn.. ❤️

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on

 

“Dengar sebelah pihak, hukum sebelah pihak” – Dai’ Wan Dazrin

Dalam pada tu, Dai’ Wan Dazrin pula menyifatkan apa yang berlaku ia disebabkan kelemahan media sosial.

Apa saja perkara yang keluar menerusi media sosial ni selalunya bersifat berat sebelah dan dengan mudah orang lain boleh jatuh hukum kepada mereka yang tak bersalah tanpa dengar penjelasan yang sebenar daripada pihak lain pulak.

View this post on Instagram

‘Media Sosial telah menunjukkan kelemahan ia?’. Kecoh isu berhari2 tntng perebutan harta pusaka arwah abam, & netizen semua telah tertipu dgn kelemahan Media Sosial yg senantiasa bersifat sebelah pihak. Saya perasan bagaimana Netizen berbolak balik krn tertipu dek kelemahan media sosial yg sepatutnya dh lama kita mengetahuinya & menjauhinya. Ketika Dato’ Aliff Syukri jadi Whistle blower, netizen pun menyokong sbb mendedahkan seolah2 Ali Puteh telah mengambil harta pusaka arwah Abam yg bkn milik dia, bahkan semua menghentam Ali Puteh pd ketika itu. Padahal belum lg dgr penjelasan dari Ali Puteh. Cukup dgr dari Live Dato’ Aliff terus kita pakat2 menghentam Ali Puteh. Bila hari ini keluar statement di Media Sosial dari Ali Puteh yg menjelaskan satu persatu secara detail, dari telefon bimbit, beg dompet, kad bank, kereta, jam tangan & lain2. Semua yg telah kecam Ali Puteh tiba-tiba bertukar angin, ada yg sempat meminta maaf pula tu, dgn hanya sekadar tulis di ruangan komen. Ingat buat salah dgn manusia semudah tu ka nk minta maaf? Yg mengutuk/mengecam/menghina Ali Puteh tiba2 bertukar angin mengecam isteri arwah Abam pula kini kerana sibuk mendedahkan hal keluarga pd org luar. Tp ramai yg terlupa 1 benda, 1 benda yg tak patut dibuat dari awal2 lg. Nak tahu tak apa dia? Jgn masuk campur urusan rumah tangga / keluarga org & tayangkan ia di Media Sosial. Nk bantu dtg shj bantu. Ceritakan tntng bantuan & pulang. Ini, tidak. Time tu lah, nak itulah inilah, itu juga jadi pengukur kita ni pandai ke tak guna Medsos. Bila tak pandai, & tak tahu kelemahan Medsos. Apa yg berlaku? Dgr sebelah pihak, hukum sebelah pihak. Kita dh jd tukang hukum segera. Yg lagi bahaya adalah org yg memulakan, sehingga semua ini terjadi kerana ketidakpandaiannya. Tak takut ke? Azab menanti kita? Lidah kita, mulut kita, & tgn kita ini semua ada tanggungannya nanti. Tak takutkah saudara saudari se-Islam semua? Selepas ni, keluar pula video dari isteri arwah Abam, nk serang balik Ali Puteh? Tergelak kecil sy melihat perangai merugikan masa ini. Tolonglah netizen yg beragama Islam. Cukuplah. Jgnlah kita jadi ‘Penuntut isu’, sibukkanlah diri menjadi ‘Penuntut ilmu’ bak kata Ust Fahmi yg sy kasihi.

A post shared by Mr. WD (Official) (@wandazrin) on

Susah juga kan bila perkara macam ni dah tersebar luas di media sosial? Apapun pun admin rasa ada betulnya juga kata pendakwah-pendakwah bebas ni. Kita janganlah lagi menambahkan kekusutan keluarga ini. Biarkan mereka uruskan soal harta Abam dengan sebaiknya tanpa campur tangan media dan netizen ramai.

Kita doakan yang baik-baik saja okay?

Baca: “Itu sebabnya saya keluarkan perkataan kasar tu” – Ali Puteh Perjelas Isu ‘Rebut Harta’ Dengan Kakak Ipar Selepas Kematian Arwah Abam Bocey

Ali Puteh Marah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.