in

“Ingatkan perencah maggi…” – Wanita Kena Tahu Bahaya Pil ‘Khayal’ Ni, Takut Ada Yang Tak Pasal-pasal Kena Game Dengan Boyfriend

Erimin

Viral di Twitter baru-baru ni, seorang lelaki telah memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan cebisan paket aluminium yang tak diketahui dari mana asalnya.

Gambar ni mendapat perhatian ramai sebab kebanyakan netizen tak tahu dan tertanya-tanya apa benda cebisan tu sebab lelaki berkenaan cakap ‘ia sesuatu yang seram’ atau kena mengena dengan perkara tak elok. 

Palatao
sumber: twitter

 

“Alahaiii menyampahnya jawapan bila orang tanya ‘Apa ni?’. Jawab ubat selsema la apa la. Orang tanya sebab tak tahu” 

Pun begitu, rata-rata netizen agak kecewa bila si empunya posting dan mereka di bawah thread ni tak jawab soalan tentang apa benda kertas aluminium tu. Kebanyakannya bagi jawapan perencah maggi lah, ubat selsema lah ataupun kertas kondom lah. Alahai bagitahu jelah jawapan betul! Apa yang susah sangat??

Apa Ni
sumber: twitter

 

“Siapa tak tau. Ni Erimin 5 ye kawan-kawan. Terutamanya perempuan. Mana tau ada yang kena game, boyfriend bagi ubat selsema” 

Apa-apapun akhirnya netizen menarik nafas lega apabila ada seorang lelaki tampil menjelaskan apakah perkara yang ‘seram’ mengenai cebisan kertas aluminium tersebut.

Perempuan especially eloklah take note kerana menurutnya, cebisan aluminium tu asalnya dari paket ubat berisi Erimin 5 ataupun senang cerita pil khayal lah yang bakal merosakkan hidup korang tanpa disedari kalau tak berjaga-jaga! Aduhaiii..

Erimin 1
sumber: twitter

Menurut info daripada netizen, pil ini juga dipanggil ‘pacai’ atau ‘five’ saja bagi mereka yang dah biasa atau ketagih mengambil. Kesan pengambilan pil ni, korang mungkin akan khayal dan bertindak di luar kawalan. So girls take note kalau ternampak pil jenis macam ni! 

D9Wdzouuwaahje5

Pppp
sumber: twitter

 

“Ini respon berguna di antara jawapan-jawapan yang tak membantu & menyakitkan hati di twit asal” 

Thanks
sumber: twitter

Harap gadis-gadis kat luar sana ambil perhatian ye tentang pil-pil macam ni. Orang nak berbuat khianat ni banyak. Kita je tak tahu sebab tak terlalu percayakan orang. 

Baca: Polis Johor Kantoi Ambil Dadah Dalam Balai Tapi Kena Denda RM1,800 Je?

Sadsah