Anak-anak ini penyeri buat ibu bapa. Mana taknya, tiap-tiap hari, ada sahaja gelagat diorang yang buat kita tak kering gusi. Budak kecil ni memang ada je idea diorang kan.
Sama seperti kanak-kanak ini bila gelagat dia merajuk dengan mak dia buat ramai yang terhibur di Tiktok.
Mengadu kena marah dengan cikgu
Menerusi satu perkongsian video oleh the ezras di Tiktok, kisah itu bermula waktu wanita ini ambil anak dia dari sekolah dan diorang berbual tentang keadaan anaknya di sekolah di dalam kereta.
@theezras Keletah Raqian balik sekolah. Merajuk sebab tak side dia bila dia ngadu dia kene marah dgn cikgu. #foryoupage #fyp #alhamdulillah
Kanak-kanak bernama Raqian Ezra itu mengadu dekat mak dia yang dia kena marah waktu dekat sekolah sebab katanya dia agak nakal pada hari itu. Mendengar aduan anaknya itu, mak Raqian cuba untuk bagi nasihat supaya anak dia tak nakal-nakal lagi lepas ini.
“Next time jangan nakal tau, dengar cakap cikgu.”
Tapi, tiba-tiba kanak-kanak itu bertukar mood siap cakap taknak kawan dengan mak dia.
“Adik dah taknak kawan dengan mama dah.”
Rupa-rupanya, kanak-kanak yang mesra dipanggil Raqian itu merajuk sebab mak dia tak menyebelahi dia bila dia mengadu yang dia kena marah dengan cikgu. Alahai pandai ye dia merajuk.
Nak beli mama baru dekat kedai
Bila mak dia tanya kenapa tak mahu kawan, Raqian cakap sebab mak dia tak comel.
“Habis kalau mama tak kawan dengan adik, adik nak kawan dengan siapa?”
Jawapan kanak-kanak itu buat wanita itu terhibur sebab anak dia cakap yang dia akan kawan dengan mama baru, siap suruh tolong belikan dekat kedai lagi tau. Dia suruh belikan tu macam beli jajan dekat kedai je tau. Saboooor jela.
“Tolong belikan adik mama baru dekat kedai.”
Amboi, merajuk betul tu siap minta mama baru tau. Tapi takpelah budak kecil kan, dia pun main cakap je tu.
Sumber: the ezras
Baca:“Nak kena pujuk pulak” – Aksi Kucing Ini Merajuk Buat Netizen Tersengih