Pihak polis telah menahan suspek yang dipercayai terlibat dalam kes mengurung dan meliwat seorang remaja lelaki yang berusia 14 tahun dalam satu kejadian di sebuah pangsapuri yang terletak di Bukit Kemuning, Seksyen 32, Shah Alam minggu lepas.
Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata, suspek yang merupakan seorang lelaki berusia 40-an itu telah ditahan di sebuah bilik sewa sekitar Kuala Lumpur pada 16 Mei lepas.
Artikel berkaitan: Suspek L*wat Remaja Lelaki Rupannya Pernah Dipenjara 17 Tahun Atas Jenayah Rog*l & Rompak Seorang Wanita
Artikel berkaitan: “Jijik!” -Remaja Lelaki 14 Tahun Dil*wat & Dikurung 3 Jam, Suspek Masih Diburu
“Suspek yang dibebaskan dari penjara pada April 2025, kini bekerja sebagai pemungut hutang.”
Tambah Datuk Shazeli, pihaknya percaya bahawa bilik yang diduduki oleh suspek itu adalah mungkin bilik sewa baharu setelah berpindah dari Shah Alam, bagaimanapun pihaknya akan mengesahkan perkara tersebut.
Katanya lagi, hasil saringan air kencing mendapati bahawa suspek negatif dadah dan kini direman sehingga esok bagi membantu siasatan.

Sebelum ini, seorang remaja lelaki berusia 14 tahun didakwa telah dikurung, didera dan dipercayai diliwat oleh seorang lelaki yang tidak dikenali di sebuah pangsapuri di Bukit Kemuning, 12 Mei lepas.
Siasatan awal mendapati bahawa suspek telah memperdaya mangsa dengan mengajak remaja tersebut untuk berbual dan menawarkan satu pakej internet telefon bimbit dengan syarat agar mangsa membantunya mengangkat barang dalam rumah.
Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Ramsay Embol, suspek sebelum ini mempunyai rekod jenayah mengurung, merogol dan merompak seorang wanita pada tahun 2008.
Sumber : Alhijrah News
