in

“Berderai air mata…” – Tampil Berkerusi Roda, Nyanyian Anak Amyza Aznan Sentuh Hati Netizen

Anak Amyza Aznan Adrian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nyanyian anak pelakon Amyza Aznan, Adrian Adam memukau pengguna media sosial selepas muncul mengadakan persembahan dalam program Talk To My Manager musim kedua (TTMM2), malam tadi.

Adrian atau mesra disapa Ian tampil berkerusi roda mendedangkan lagu Ku Mohon nyanyian asal Datuk Sheila Majid sekali gus mengundang sebak ramai.


Persembahan itu turut menerima pujian daripada juri program yang menyifatkan Adrian mampu memberi saingan sengit kepada peserta lain sekiranya menyertai program berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Difahamkan, anak kedua Amyza itu sepatutnya menjadi salah seorang peserta. Namun, disebabkan keadaan kesihatan Adrian yang kini sedang berjuang melawan kanser, Amyza terpaksa menarik diri sebelum program bermula.

Rata-rata netizen yang melihat persembahan Adrian memuji serta turut mendoakan agar dia diberikan kekuatan dan kesembuhan seperti sedia kala.

Screenshot 2026 05 18 123858 Screenshot 2026 05 18 123910 Screenshot 2026 05 18 124046

Artikel berkaitan: “Doktor suruh keluarga bersedia” – Luahan Sayu Amyza Aznan Cari Ikhtiar Lain Lepas Setahun Anak Berjuang Lawan Kanser

Artikel berkaitan: “Mungkin arwah tidak mahu ibunya terluka” – Didie Alias Saksi Anak Amyza Aznan Hembuskan Nafas Terakhir

Terima tawaran menyanyi selepas 30 minit atas pentas

Dalam perkembangan lain, Adrian dilaporkan menerima tawaran daripada seorang komposer yang juga pemilik syarikat rakaman hanya kira-kira 30 minit selepas membuat persembahan.

Adrian yang tidak menyangka menerima tawaran itu bersyukur dan berharap ia menjadi suntikan semangat buat dirinya untuk bangkit dan meneruskan minat dalam bidang nyanyian.

“Rasa terkejut dan gembira. Insya-Allah saya bersedia untuk mengikuti kelas vokal dan membuat persembahan bagi lagu ini.

“Mungkin ini menjadi pemangkin semangat untuk saya terus berjuang. Saya anggap nyanyian sebagai satu terapi untuk kesihatan mental,” katanya.

Untuk info, Adrian disahkan menghidap kanser tulang dan sedang menjalani rawatan alternatif bagi mendepani penyakit berkenaan.

Sumber: mStar, Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.