in

Kapal Amanda Yang Dinaiki ZRA  Didakwa Telah Dipintas Oleh Isra*l Sebentar Tadi

Ft Amanda

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kapal yang dinaiki oleh Zainal Rashid Ahmad dan rakan aktivis dari negara Malaysia, Muhamad Muhsin Zaidi dipercayai telah ditahan oleh pihak Zionis semasa pintasan kapal dilakukan sebentar tadi.

Dalam rakaman siaran langsung yang ditayangkan Sumud Nusantara Tracker, Zainal atau lebih mesra dengan gelaran ZRA yang menaiki kapal Amanda, manakala Muhamad Muhsin yang berada di kapal Isobella bersama beberapa peserta lain misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 telah diserang lebih 10 orang tentera rejim Israel.


Artikel berkaitan: [VIDEO] Beberapa Kapal GSF Dipintas Tentera Israel, 5 Rakyat Malaysia Antara Diculik

Artikel berkaitan: [VIDEO] ZRA Kongsi Aksi Mendebarkan, Aktivis GSF Kejar & Sekat Kapal Bawa Keperluan Tentera Isr*el

Sebelum ini, dilaporkan 5 buah kapal lain telah menjadi sasaran iaitu Barbaros, Blue Toys, Holy Blue, Sadabat dan Zio Faster, setakat pukul 5 petang (waktu tempatan).

Sebelum ini, ZRA dan Muhamad Muhsin pernah ditahan pasukan rejim itu semasa pelayaran pertama misi GSF 2.0 pada 30 April lalu berhampiran zon mencari dan menyelamat di perairan Greece.

Bagaimanapun selepas dibebaskan, Zainal dan Muhamad Muhsin sekali lagi tampil untuk meneruskan pelayaran ke Gaza melalui Istanbul, Turkiye.

Sumber : Kosmo! Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.