in

“Hope one day 13 Mei akan terjadi balik…” – Netizen Kecam Individu di Twitter Sengaja Bangkitkan Isu Perkauman

Budak 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak kes Edi Rejang yang berlaku beberapa hari lepas, macam-macam perkara yang berkaitan isu perkauman tiba-tiba muncul untuk menghangatkan situasi yang dah memang sedia panas.

Semalam admin ada kongsikan tweet yang dedahkan kata makian seorang individu terhadap orang Melayu yang lebih teruk daripada Edi Rejang.


Racisttt 758X399 1
sumber: lobak merah

Tak dapat disangkal lagi memang ramai netizen marah dengan lelaki Cina tersebut, tapi balasan tweet seorang individu bernama Syafiq ni dikatakan melampau sebab menyentuh sejarah hitam 13 Mei. Apa ni suka sangat spread hatred? Ini apa yang dikatakannya:

 

“Aku sumpah aku sendiri akan bunuh cina-cina ini… makin biadap” 

Menerusi tweet yang viral semalam, lelaki ini tiba-tiba naik angin selepas membaca isu lelaki Cina tersebut yang mengeluarkan kata-kata tak elok kepada orang Melayu.

Tanpa menggunakan akal yang waras, Syafiq berharap peristiwa berdarah 13 Mei berlaku sekali lagi supaya dia dapat membalas dendam kepada golongan yang ‘biadap’ itu. 

Syafiq
sumber: twitter

 

“Kau pernah alami tak 13 Mei ni? Kalau tak pernah, jangan menggatal cakap nak lagi 13 Mei. Mungkin kau buta sejarah tapi effect dia bukan kat 1 kaum je” 

Rata-rata netizen jelas tak puas hati dengan apa yang dikatakan Syafiq kerana perkara tersebut boleh mengganggu gugat keharmonian kaum di Malaysia ni. Rasanya sesiapa pun kat Malaysia ni tak nak terlibat dalam tragedi yang buat kita semua bermusuh dan bergaduh sesama sendiri.

Apo Bodoh
sumber: twitter

 

“Nak kata bodoh, nih level bawah dari bodoh… Aku tak tahu nak letak kelas apa kau punya rasis nih” 

Rasis
sumber: twitter

 

“Jangan terkejut kalau polis suddenly mai kat rumah hang sebab hang main ugut nak bunuh orang macam tu ja” 

Netizen di Twitter bukan saja takut dengan komen ugutan yang dikeluarkan si Syafiq ni, tapi mereka jugak takut kalau si Syafiq ni tak lama lagi kena angkut dengan polis di bawah akta hasutan sebab suka-suka je keluarkan kenyataan yang boleh ancam keharmonian kaum.

Angkut Polis
sumber: twitter

Apa-apapun diharapkan kita semua rakyat Malaysia berhentilah bercakap soal isu perkauman ni semua. Stop spreading hatred dengan membenci kaum itu, kaum ini. Tak ada sesiapa yang mahu 13 Mei berulang sebab semua orang nak hidup aman dan tenteram. 

Baca: “P*ki Melayu c*bai b*bi” – Wanita Ini Kongsikan Makian “Racist” Yang Lebih Teruk Daripada Edi Rejang

Racisttt

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.