in

“Hari ini bukan hari membalas dendam” – Luah Rasa Syukur, Syed Saddiq Akan Terus Ke Parlimen

Ft Syed Saddiq Sykur Bebas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita sedia maklum, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan Putrajaya atas 4 pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah jenayah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) BERSATU.

Bersyukur dengan keputusan tersebut, Syed Saddiq menjelaskan bahawa keputusan mengekalkan pembebasannya itu bukanlah tentang kebebasannya sahaja tetapi ia merupakan satu prinsip bahawa kebenaran mesti dipertahankan, biarpun harga yang perlu dibayar itu sangat mahal.


Artikel berkaitan: “Kami juga ikut perkembangan” – Hakim Beri Pesanan, Harap Syed Saddiq Dapat Teruskan Perancangan Kahwin

Artikel berkaitan: “Terima kasih kepada tunang saya” – Bebas Dari Tuduhan, Syed Saddiq & Bella Astillah Akan Buat ‘Pengumuman’ Malam Ini

Saya tidak lari, tidak menangguh dan tidak minta layanan istimewa

Katanya selama lebih 6 tahun melalui proses tersebut, Syed Saddiq menyatakan yang dia memberikan kerjasama sepenuhnya tanpa lari, menangguh dan meminta layanan istimewa.

“Mengapa? Kerana saya percaya Malaysia mesti dipimpin oleh mereka yang sanggup kehilangan kedudukan demi prinsip, bukan menjual prinsip demi kedudukan.”

“Saya boleh memilih jalan yang lebih mudah. Saya boleh berdiam diri. Saya boleh tunduk.Tetapi kalau kita sendiri menyerah ketika diuji, bagaimana kita mahu meminta rakyat terus percaya kepada negara ini?”

Berlawan bukan kerana benci sesiapa

746002243 18609982981030900 4139179309748876045 N

Jelas Syed Saddiq menerusi Facebook miliknya, beliau ‘melawan’ bukan atas dasar rasa benci terhadap sesiapa tetapi kerana terlalu mencintai Malaysia.

Beliau turut meluahkan rasa syukur kepada kedua ibu bapanya yang turut terkena dengan tempias sepanjang waktu melalui proses ini termasuklah tunangnya, penyanyi Bella Astillah dan mana-mana pihak yang terlibat dan menyokongnya.

“Perjalanan ini hampir merampas banyak daripada saya….masa, nama baik dan masa depan.  Tetapi ia tidak pernah merampas kepercayaan saya terhadap Malaysia.”

“Terima kasih kepada Mama dan Abuyah, yang menanggung kesakitan ini bersama saya dalam diam. Kepada keluarga, tunang saya, pasukan guaman, sahabat-sahabat, rakyat Muar dan seluruh rakyat Malaysia yang tidak pernah berhenti mendoakan saya, terima kasih.”

“Perjalanan ini mengajar saya bahawa kuasa itu sementara. Jawatan itu sementara. Tetapi prinsip, maruah dan khidmat itulah yang kita tinggalkan kepada generasi seterusnya.”

Jelasnya lagi, ini bukanlah hari untuk dirinya membalas dendam dan beliau keluar dari mahkamah bukan dengan kebencian malah dengan tanggungjawab yang lebih besar.

Kata Syed Saddiq lagi, beliau akan terus menggalas tanggungjawabnya sebagai Ahli Parlimen Muar demi negara.

Sumber : Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.