Suasana di Istana Kehakiman bertukar pilu dan penuh emosi selepas Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, meluahkan rasa syukur yang tak terhingga atas keputusan mahkamah yang membebaskannya daripada pertuduhan.
Menerusi sidang media sejurus keputusan tersebut, Syed Saddiq dilihat tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada insan-insan paling penting yang sentiasa berdiri di belakangnya sepanjang melalui tempoh sukar berkenaan.
Artikel berkaitan: “Saya boleh tunggu lagi” – Keputusan Rayuan Pembebasan Ditangguh, Ini Respon Syed Saddiq
Artikel berkaitan: Didi Astillah Mohon Maaf Berhubung Isu Prank Ibu, Mohon Jangan Kaitkan Dengan Syed Saddiq
Ucapan Penghargaan Buat Ibu Bapa & Tunang Tersayang
Dalam ucapannya, beliau meluahkan rasa terhutang budi kepada keluarganya, terutamanya ibu bapanya yang tidak pernah putus-putus memberi sokongan moral dan doa.
Namun, apa yang paling mencuri tumpuan ramai adalah apabila Syed Saddiq secara terbuka menitipkan ucapan khas buat tunangnya yang turut hadir setia di sisinya.
“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada tunang saya yang ada di sini… yang setia bersama. It’s not easy, ya, kerana sebelum dia bersama dengan saya, saya merupakan ‘pesalah’.
People forget that tetapi dia tetap bersama. Dan alhamdulillah pada hari ini saya tidak menghampakan semangat dan jasanya,” katanya penuh emosi.
Ada ‘Sesi Live’ Malam Ini?
Bercakap mengenai perancangan seterusnya selepas sujud syukur dan menerima ‘signal positif’ daripada ibu bapanya, Syed Saddiq sempat berseloroh mengenai kemungkinan mengadakan sesi live khas bersama pengikutnya malam ini.
“Nanti malam ni insya-Allah, kalau tunang saya berkelapangan, bolehlah nanti kita buat sesi live sebab orang nak tanya banyak soalan,” selorohnya sambil tersenyum.
Beliau turut menambah bahawa sebarang ulasan lanjut mengenai kes atau tindakan seterusnya akan dibuat di luar kawasan mahkamah demi menghormati institusi kehakiman negara.
Sumber: Threads
