in

Hanya Lisa Positif, Tiga Ahli Blackpink Lain Disahkan Negatif

7 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam satu kenyataan semalam, YG Entertainment telah memaklumkan bahawa Lalisa Manoban atau lebih dikenali sebagai Lisa diuji positif Covid-19.


Memetik fakta dari The Star, Lisa telah dimaklumkan mengenai diagnosisnya yang sah pada 24 November sebelum rancangan untuk merakam kandungan video.

Meskipun tidak ada sebarang kenyataan dari bintang kumpulan Blackpink itu, namun pihak agensinya mengesahkan bahawa Lisa dalam keadaan yang baik tanpa sebarang simptom.

5 7

Terkini, tiga lagi ahli kumpulan K-Pop itu iaitu Jennie, Rose dan Jisoo, disahkan negatif dari penyakit tersebut dan tidak disenaraikan sebagai kontak rapat dengan Lisa.

Menurut kenyataan YG Entertainment lagi, keempat-empat ahli kumpulan Blackpink sudah menerima suntikan vaksinasi yang lengkap.

Keempat-empat ahli telah melengkapkan vaksinasi Covid-19 mereka dan syarikat serta artis kami telah mengambil langkah berhati-hati dalam kesihatan dan keselamatan kami melalui ujian awal dari semasa ke semasa”

Wakil YG turut berharap agar kesihatan Lisa dapat pulih seperti sediakala dan mereka akan terus memberikan kerjasama dengan mengambil semua langkah yang perlu untuk mencegah penularan Covid-19.

Menjenguk di laman Instagram, ramai peminat Blackpink turut mendoakan kesihatan Lisa pada post terkini yang dimuat naik dua hari lepas.

4 13 3 13

Sumber: The Star dan Instagram Lisa Manoban

Moga cepat sembuh, Lisa!

Baca: “Nama saya ada kaitan dengan Lee Jung Jae” – Gambar Selfie Jennie Blackpink & Lee Jung Jae Jadi Bualan Netizen

5 12

Sumber: Stylecaster

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.