in

“Nama saya ada kaitan dengan Lee Jung Jae” – Gambar Selfie Jennie Blackpink & Lee Jung Jae Jadi Bualan Netizen

Page Jennie

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini Los Angeles County Museum of Art Gala (LACMA 2021) telah diadakan pada 6 November lalu dan ramai selebriti bertaraf global yang hadir untuk memeriahkan majlis tersebut.


Tidak ketinggalan, pelakon Lee Jung Jae yang mula dikenali ramai secara global menerusi lakonannya dalam Squid Game turut hadirkan diri ke gala tersebut dan juga beberapa selebriti Korea Selatan yang lain.

Semalam, nama Lee Jung Jae trending di Twitter kerana dia memuatnaik beberapa gambar dari LACMA 2021 di akaun Instagramnya @from_jjlee dan ada satu gambar yang mencuri perhatian ramai kerana gambar tersebut adalah selfie dirinya bersama Jennie Blackpink!

Gambar tersebut mendapat lebih dari 1.9 juta likes setakat ini dan telah menjadi bualan ramai kerana mereka tidak menyangkakan Lee Jung Jae dan Jennie akan berjumpa di gala tersebut.

Ini kerana, skop kerjaya mereka adalah berbeza walaupun berada di dalam industri yang sama. Tetapi menurut Soompi, kedua-dua selebriti ini mempunyai kaitan yang sangat dekat berpunca dari asal usul nama Jennie. Ehh kaitan apa pula ni?

Ibu Jennie merupakan peminat Lee Jung Jae

Sebelum ini, Jennie bersama ahli kumpulan Blackpink yang lain pernah muncul dalam variety show JTBC iaitu Knowing Bros untuk mempromosikan comeback mereka pada tahun lalu.

Dalam episod tersebut, Jennie mendedahkan bahawa ibunya merupakan fans tegar kepada Lee Jung Jae dan menamakannya sebagai Jennie kerana ianya kedengaran sama dengan nama Jae Hee iaitu nama watak Lee Jung Jae dalam drama Hourglass.

20211115 115414

20211115 115417

 

Jennie Eomma

20211115 115419

Bukan itu sahaja, dalam satu temubual di Korea Selatan, Lee Jung Jae juga memaklumkan bahawa dirinya merupakan peminat Blackpink dan menonton dokumentari kumpulan tersebut di Netflix iaitu Blackpink: Light Up The World. Wahh, pemain 456 pun layan Blackpink in your area!

“Saya menonton dokumentari mereka dan mengagumi bakat mereka kerana sememangnya mereka layak untuk dikenali serata dunia” – Lee Jung Jae

Lee Jung Jae

Sebagai rekod, Lee Jung Jae mula menempah nama dalam industri hiburan sejak 1994 menerusi siri Feelings dan telah memenangi beberapa anugerah seperti ‘Best New Actor’, ‘Most Popular Actor’, ‘Most Influential Star’ dan banyak lagi. Betul-betul power Lee Jung Jae ni!

Seronok Min tengok gambar-gambar yang Lee Jung Jae share… Ramai betul artis Hollywood keliling dia. Lovee!

Baca: “Soalan apa tu?”- Wartawan US Dikecam Lepas Aju Soalan ‘Tak Patut’ Pada Aktor Squid Game

Untitled 2 5

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: KpopStarz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.