in

Hampir 90% Pesakit Positif Covid-19 Lawat Mall Di Sekitar Lembah Klang – MySejahtera

Collage 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak akhir-akhir ni, makin banyak pusat membeli-belah di sekitar Lembah Klang keluarkan notis salah seorang pekerja mereka dijangkiti Covid-19. Perkara ini telah membuatkan ramai rakyat jadi semakin risau untuk keluar.


Menerusi Twitter rasmi, MySejahtera semalam telah memberitahu yang seramai 89.3% kes positif Covid-19 mempunyai sejarah melawati pusat membeli-belah di Lembah Klang dan 94.9% dari mereka pula telah melawat kedai-kedai makan di pelbagai tempat.

Pun begitu, MySejahtera menekankan, hasil siasatan dan pengesanan kontak rapat mendapati tak ada penyebaran Covid-19. Disebabkan ini, MySejahtera meminta orang ramai untuk terus bertenang dan patuh kepada SOP yang telah ditetapkan.

Ini menunjukkan, tak semua kawasan yang dilawati oleh orang yang positif mengakibatkan penularan penyakit.”

Screenshot 2020 10 06 At 2.30.50 Pm

Tambahnya lagi, sekiranya semua rakyat dan premis-premis perniagaan sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan maka penularan boleh dielakkan.

So, kita semua kena sentiasa berhati-hati dan make sure sentiasa pakai pelitup muka semasa berada di luar. Okay?

 

Baca: “Hampir semua mall dekat Selangor dah ni” – Staf Brands Outlet Di Paradigm Mall PJ Pula Disahkan Positif Covid-19

Page 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.