in

Guilia Tofana : Wanita Yang Bantu Lebih 600 Golongan Isteri Bunuh Suami Dengan Alat Mekap ‘Beracun’

Ft Tofana E1662860426910

Korang familiar tak dengan barangan make up. macam maskara, blusher dan compact powder.

Kalau korang nak tahu, sekitar abad-17 dahulu ada racun yang diciptakan dengan menggunakan samaran sebagai alat solek untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

Mesti pelik kan kenapa nak jadikan racun itu dalam bentuk alat solek…

Semua orang tahu, bila cakap mengenai alat solek mesti orang akan kaitkan dengan wanita, terutamanya pada abad ke-17 di mana penggunaan alat solek tidak meluas lagi dalam kalangan lelaki.

Racun ini memang dikhususkan penggunaannya kepada wanita pada masa itu terutamanya golongan isteri. 

Walaupun pada masa itu, isteri biasanya hanya bekerja di rumah, namun racun ini berfungsi sebagai kaedah untuk ‘mempertahankan’ diri.

1 3

 

Dari wanita untuk wanita

Racun tersebut dicipta oleh seorang janda yang dikenali sebagai Giulia Tofana. Wanita tersebut turut mempunyai anak perempuan dan tiga orang pekerja yang bekerja dengannya.

Tofana menamakan racunnya sebagai Aqua Tofana yang memberi penyelesaian kepada wanita yang tidak bahagia dengan perkahwinan mereka.

Pada zaman itu, kebanyakkan wanita dipaksa berkahwin oleh keluarga tanpa persetujuan mereka. Lebih parah lagi, kebanyakkan perkahwinan itu tidak berakhir dengan kegembiraan kerana mereka sering didera oleh suami masing-masing.

2 3

Setiap kali didera, si suami tidak akan dikenakan sebarang tindakan, kerana bagi setiap perkahwinan pada zaman itu, suami mempunyai kuasa mutlak terhadap si isteri.

Dah la kena kahwin paksa, bila didera tak ada pembelaan, memang la isteri tu berdendam!

Jadi bagi melepaskan diri mereka dari hubungan yang menyeksa itu Giulia Tofana mencipta ‘ramuan’ untuk wanita membebaskan diri tanpa dikesan melakukan sebarang pembunuhan.

 

Alat solek membunuh

Aqua Tofana mengandungi ramuan arsenik, plumbum dan belladonna serta disimpan dalam bekas perhiasan yang diletakkan bersama alat solek yang lain sebagai samaran.

Ye la biasanya mana ada suami nak check barang make up isteri, so tak suspicious la…

Dengan racun ini, si isteri hanya perlu meletakkan beberapa titik ramuan itu kedalam minuman ataupun makanan milik suami mereka dan cecair itu tidak akan meninggalkan sebarang kesan fizikal mahupun bau menyebabkan ia lebih mudah digunakan untuk membunuh.

3 2

Ramuan itu juga dicipta oleh Tofana supaya tidak meninggalkan kesan dengan harapan dia dapat terus menjalankan perniagaannya untuk membebaskan golongan isteri yang diseksa.

 

Hanya semangkuk sup

Terdapat sumber lain yang turut mengatakan Tofana berjaya menjalankan perniagaannya kira-kira selama 50 tahun, namun setiap kejayaan pasti ada kegagalannya.

Akhirnya rahsia Tofana terbongkar sekitar tahun 1650 apabila seorang pelanggannya bertindak membongkar kegiatannya itu. 

Pelanggannya dikatakan telah membeli racun tersebut dan meletakkannya ke dalam sup si suami, walaubagaimanapun belum sempat makanan itu dijamah, si isteri mula rasa bersalah dan menghalang suaminya untuk hirup sup itu.

Kalau si isteri ni berani, mungkin sampai sekarang tak terbongkar lagi rahsia Tofana ni.

4 1

Si suami yang ragu-ragu dengan perlakuan isterinya itu memaksa wanita itu untuk menceritakan perkara yang sebenar lalu rahsia itu akhirnya dibongkarkan di hadapan pihak berkuasa.

Pengakuan tersebut menyebab Tofana diberi amaran dan dia bertindak untuk melarikan diri dengan meminta perlindungan di gereja.

Walaubagaimanapun tidak lama selepas itu, wujudnya khabar angin yang mengatakan Guilia meracuni air yang akhirnya menyebabkan gereja itu diserbu dan Tofana diserahkan kepada pihak berkuasa.

Berakhirnya era Giulia Tofana

Penangkapan itu menyebabkan Tofana, anaknya serta 3 pekerjanya terpaksa menjalani hukuman mati.

Ketika didakwa, Tofana turut mengakui bahawa sekurang-kurangnya 600 lelaki telah mati di tangannya diantara tahun 1633 hingga 1651.

Tapi mereka percaya bahawa Tofana telah membunuh lebih ramai lagi lelaki daripada anggaran yang diberikan.

Akhirnya pada tahun 1659 Tofana dijatuhkan hukuman di tempat hukuman popular dikenali sebagai Campo de ’Fiori di Rom.

Selain Tofana, anak dan pekerjanya, pelangggannya juga turut ditahan, dan setiap mereka menerima nasib yang berbeza seperti dibunuh, dipenjara, dan ada juga yang dibebaskan.

Korang rasalah ramuan tu betul-betul dah tak ada atau disembunyikan?

Sumber : Weird History

 

Baca : Catch Me If You Can: Adaptasi Kisah Benar Penjenayah Paling Licik Dalam Sejarah, Frank Abagnale Jr.

1 2

Sumber: Youtube
Sumber: Blossom
Sumber: Twitter
Sumber: Wikihubs