in

Good Vibes Festival Kembali Lagi, Ini Perkara Menarik Tentang Edisi 2024

Ft Good Vibes Festival 2024

Good Vibes Festival (GVF2024) baru-baru ini mengumumkan penganjuran acara muzik itu dengan membariskan lebih 30 artis antarabangsa dan tempatan. Ini info menarik mengenai festival ini yang kini telah sebelas tahun bertapak di Malaysia. 

Seperti tahun-tahun sebelum ini, GVF2024 menjadi tumpuan para peminat muzik seluruh negara dan tahun ini bakal diadakan pada 20 dan 21 Julai 2024 bertempat di Resorts World Awana, Parkir Bas Genting Highlands Premium Outlet (GHPO), Genting Highlands.

Kalau nak diikutkan, edisi kali ini membuatkan ramai peminat tak sabar berikutan barisan artis yang diumumkan oleh penganjur awal Mei dahulu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Good Vibes Festival (@goodvibesfest)

Tahun ini, pada hari pertama GVF2024, mereka meletakkan penyanyi dan penulis lagu dari Jepun, Joji, sebagai headliner dan ini adalah kali kedua beliau membuat persembahan di Malaysia selepas terpaksa membatalkan jelajahnya di Malaysia pada saat akhir tahun lepas.

Selain Joji, seorang lagi headliner pada hari pertama ialah rapper berasal dari Amerika, Russ yang tahun lepas melancarkan album berjudul Santiago manakala hari kedua bakal ‘diterajui’ oleh J Balvin dan juga DJ Peggy Gou yang terkenal dengan karisma pentasnya, gaya dinamiknya dalam muzik, serta  penerokaannya dalam pelbagai genre termasuk house, tekno dan disko.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Peggy Gou 구 (@peggygou_)

Sementara itu, antara artis yang bakal membuat persembahan termasuk penyanyi rap Korea Selatan Tiger JK, Yoon Mi Rae dan BIBI serta penyanyi dan penulis lagu Britain, Henry Moodie.

GVF2024 juga akan menampilkan beberapa artis tempatan seperti Spooky Wet Dreams, Gard Wuzgut, Talitha serta Emo Night KL dan banyak lagi.

Pas untuk GVF2024 boleh dibeli terus melalui laman web rasmi mereka, bermula dari 10 Mei lagi, jadi cepat-cepatlah dapatkan tiket korang!

Sebagai tanda penghargaan kepada pemegang tiket tahun lepas, mereka yang telah membeli pas GVF 2023 akan menerima kod diskaun 10% untuk acara tahun ini. Mereka yang memilih untuk menangguhkan tiket mereka dari tahun lepas ke tahun ini akan menerima pas nilai setara dalam kategori dan kuantiti, bersama baucar makanan dan minuman RM100 untuk dinikmati di kawasan festival.

Maklumat lanjut boleh layari laman web rasmi Good Vibes Festival 2024 atau layari laman sosial mereka di Facebook dan juga Instagram untuk sebarang info terkini.