in

Gadis Ini Cerita Detik Cemas Cuba Selamatkan Diri Ketika Diserang 8 Mat Rempit

Mat Rempit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kadar jenayah di Malaysia sepertinya tidak menurun malah lebih meningkat dari sehari ke sehari. Baru-baru ini seorang gadis bersama teman lelakinya lalui detik cemas ketika diserang 8 lelaki yang menaiki 4 motorsikal.


Dalam post beliau yang mendapat 14,000 like dan lebih 43,000 share di Facebook itu, San San  berkata:

“Saya tidak sangka perkara sebegini boleh terjadi pada saya!!

Malam semalam, saya dan teman lelaki berada berdekatan dengan tempat parkir Taman Tasik Kelana Jaya dan sedang menggunakan WAZE. Tiba-tiba entah dari mana datang 4 buah motorsikal!

Setiap motorsikal ada 2 lelaki, bermaksud 8 lelaki ketika itu mengepung kami. Kami mula berasa ada sesuatu yang tidak kena, terus kami mengundurkan kereta untuk lari dan keluar dari kawasan itu.

Mereka menghentak tingkap tanpa henti dan menendang kereta sambil menjerit menyuruh kami untuk keluar dari kereta.

Ketika hendak membelok (dalam keadaan ketakutan) kami cuba mempercepatkan pemanduan dan terlanggar salah satu daripada motor itu. Kami terus melarikan diri dan memandu dengan laju melalui Lebuhraya LDP tetapi mereka tetap mengejar kami!

Salah seorang dari mereka memberikan kami satu pandangan yang tajam dan menjerit supaya kami memberhentikan kereta. Dua lelaki yang lain memegang batu yang besar dan ‘spark plug’ untuk memecahkan cermin di sebelah saya (tempat duduk penumpang). Alat itu memecahkan tingkap! Saya bernasib baik ia tidak terkena kepala saya, alat itu tercampak ke tangan teman lelaki saya.

K1

K7

Ketika cuba melarikan diri dan terlanggar salah sebuah motor tadi, ia mungkin penyebab tayar kereta kami pecah. Kami tetap cuba memandu untuk melarikan diri di Lebuhraya LDP, namun kereta sudah tidak boleh bergerak lagi. Stering kereta mula hilang kawalan menyebabkan teman lelaki saya terus membrek kereta.

Dua daripada empat buah motorsikal itu terus melarikan diri melalui jalan di sekitar KDU College, mungkin menyangka kami ingin melawan mereka. Tetapi dua buah motorsikal lagi terus mengejar kami. Saya terus hubungi 999 dan mereka meminta kami untuk terus bertenang.

Polis beritahu kami untuk tidak memberhentikan kereta dan beri kami arah jalan untuk ke balai polis terdekat. Tetapi kereta kami memang sudah tidak boleh bergerak lagi memandangkan tayar sudah rosak.

K4

Kami memasang signal kecemasan, menjerit meminta tolong dan membunyikan hon tanpa henti dengan harapan ada yang akan tampil dan menghulurkan bantuan. Malangnyam kereta yang lalu lalang di situ tidak berhenti dan tiada siapa yang membantu kami.

Pada waktu itu, saya sudah putus harapan dan berfikir memang kami akan ‘kena’. Kami sudah hampir dengan 1Utama dan polis tadi hubungi kami semula, menyuruh kami untuk menghala ke tol Kepong.

[sociallocker id=”1666″]

Mereka akhirnya ‘blah’ dari Lebuhraya LDP, namun saya masih risau jika mereka masih mengikut jadi kami teruskan memandu. Apabila sampai di tol Kepong, kami sangka ada polis yang menunggu tapi yang ada cuma seorang pengawal keselamatan sahaja.

K3

K2

Pengawal keselamatan bersama seorang orang awam membantu kami. Mereka sentiasa ‘alert’ jika semua mat motor itu datang semula untuk menyerang kami. Mereka tunggu untuk memastikan kami selamat sehingga polis sampai. Selepas 10 minit, polis pun sampai tapi mereka tidak berbuat apa-apa, cuma bertanya apa yang berlaku dan kemudian mereka pergi. Pengawal keselamatan dan orang awam itulah yang tunggu bersama kami sehingga tow truck sampai.”

[/sociallocker]

K5

K10

K8

*translate daripada bahasa Cina*

Peringatan buat semua, tidak kira lelaki atau perempuan, muda atau tua, siang atau malam, di mana saja anda berada pastikan keselamatan diutamakan! Sentiasa berhati-hati dan berwaspada dengan keadaan sekeliling.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.