in

Gadis 13 Tahun Tetap Cemerlang Walaupun Sibuk Menguruskan Bapa Lumpuh Setiap Hari

Anak Sayang Ayah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seringkali kita dimomokkan dengan kisah anak derhaka yang tidak mahu menjaga ibu bapa mereka apabila sudah uzur dan ditimpa kesakitan. Namun tidak semua anak-anak begitu. Masih ada lagi yang mempunyai sikap prihatin dan kasih sayang terhadap ibu bapa mereka.


Sebagai contoh, kisah gadis berusia 13 tahun dari Heilongjing, China ini. Ma Xinjang yang masih di bangku sekolah dengan rela hati telah menjaga bapanya yang terlantar sakit kerana lumpuh akibat ditimpa kemalangan tiga tahun lalu, lapor Nextshark.

China Daughter 2
sumber: nextshark

Selama dalam tempoh itu, Ma telah bangun seawal jam 5 pagi untuk menyediakan sarapan dan menyuap bapanya makan melalui tiub sebelum pergi ke sekolah.

“Bapa saya tinggal di hospital selama tujuh bulan. Nasib baiklah, dia berjaya diselamatkan tetapi doktor beritahu saya dan emak yang dia akan kekal dalam keadaan tidak sedarkan diri melainkan terjadinya keajaiban. Kami percaya keajaiban itu pasti berlaku,” kata Ma positif.

China Daughter
sumber: nextshark

Disebabkan apa yang menimpa bapanya, kehidupan Ma berubah 360 darjah. Dia terpaksa menjadi lebih matang demi masa depan keluarganya.

“Saya tidak boleh lagi menjadi seperti bunga di taman. Saya patut bangkit dan bantu ibu saya yang sedang menanggung beban berat dalam keluarga,” katanya lagi.

Sejak dari itu, Ma bukan saja pandai melakukan kerja rumah seperti memasak, membersihkan bilik dan membasuh pakaian tetapi dia juga telah mempelajari beberapa kemahiran kejururawatan ketika bapanya masih di hospital. Wah muda-muda dah pandai berdikari! 

China Daughter 3
sumber: nextshark

Malah, kesibukan dalam menguruskan bapanya langsung tidak menjejaskan fokus Ma untuk terus cemerlang dalam pelajaran dan mendapat kedudukan teratas di dalam kelas. Cayalah! 

Bapa pasti akan bersedih jikalau saya abaikan pelajaran hanya kerana dia. Oleh itu, saya tingkatkan usaha untuk dapat keputusan cemerlang kerana ia merupakan hadiah terindah buatnya.” 

Sungguhpun bapanya tidak memberi sebarang respon dan kekal lumpuh tidak sedarkan diri, Ma tidak cepat berputus asa. Jikalau ada masa senggang, dia akan bacakan cerita buat bapanya sebagai salah satu usaha untuk pulih.

“Saya suka membaca buku cerita yang selalu bapa bacakan kepada saya semasa masih kecil. Ia mengingatkan saya akan memori indah pada waktu dulu. Saya percaya waktu itu akan kembali lagi suatu hari nanti,” katanya lagi.

736 1510047823
sumber: nextshark

Menurut ibu Ma, Wang Changrong, perkara yang dilakukan anaknya itu ternyata membuahkan hasil apabila kesihatan suaminya beransur pulih. Sungguhpun suaminya masih tidak sedarkan diri, namun kesihatan lelaki itu semakin baik.

“Wajahnya nampak bercahaya dan berat badannya juga meningkat daripada 60kg ke 80kg selepas keluar dari hospital. Anak perempuan saya telah banyak membantu dan menyokong saya,” kata Wang.

Disebabkan kasih sayang dan pengorbanan yang ditonjolkan Ma, dia telah menerima anugerah “Most Beautiful Filial Piety Juvenile” daripada CCTV sebagai salah satu aktiviti kemasyarakatan mereka.

Ma juga adalah orang pertama yang menerima anugerah tersebut daripada seluruh daerahnya. Wah hebat! 

Tahniah Ma! Semoga apa yang dilakukan gadis ini terus menjadi inspirasi buat semua. Ibu bapa adalah anugerah Tuhan yang tak ternilai buat semua anak-anak. 

Baca: Pelajar Cemerlang Berkorban Berhenti Sekolah Kerana Ingin Kumpul Wang Pembedahan Buat Ibunya

Anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.