Pelajar Cemerlang Berkorban Berhenti Sekolah Kerana Ingin Kumpul Wang Pembedahan Buat Ibunya

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kisah ini sememangnya menyentuh perasaan ramai pihak. Meskipun masih lagi muda dan sepatutnya menumpukan perhatian dalam pelajaran, lelaki ini malah lebih memilih untuk menjaga ibunya yang sedang sakit kerana ingin membalas pengorbanan wanita itu terhadapnya.

Gu Guang Zhao yang baru berusia 12 tahun sanggup berkorban untuk berhenti sekolah pada Oktober lalu demi mengumpul wang buat ibunya yang bakal menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang, lapor Nextshark.

Sumber: Kuaibao

Pada awal bulan ini, Gu yang berasal dari Henan, China telah menulis surat kepada cikgunya untuk menangguhkan pengajian supaya dia dapat menjaga ibunya yang sakit dan mencari wang yang mencukupi untuk pembedahan buah pinggang wanita tersebut. Alahai kesiannya.

Sumber: Kuaibao

Walaupun ibunya sudah menjalani rawatan dialisis setiap hari, kesihatan wanita yang berusia 40 tahun itu semakin memburuk dan dia memerlukan buah pinggang baru untuk terus menjalani kehidupannya seperti biasa.

Menurut laporan media China, Gu seorang pelajar yang cemerlang dan pernah menerima pelbagai anugerah kerana kejayaannya dalam bidang pendidikan. Sayang sungguh kalau dia berhenti sekolah! 

Namun sebaik sahaja mengetahui akan keadaan ibunya yang sakit, Gu tekad untuk berhenti sekolah selama setahun dan membantu ibu bapanya di rumah. 

Sumber: Kuaibao

Lebih menyedihkan, keluarga Gu mengalami masalah kewangan yang serius dalam mengumpul biaya pemindahan buah pinggang yang mencecah 500,000 yuan (RM320,218). Mahalnya! 

Bapanya pula telah menganggur sejak tiga tahun lepas semenjak ibunya disyaki menghidap uremia – penyakit yang disebabkan pembentukan air kencing dan sisa badan yang boleh menjadi toksik jika tidak dikeluarkan.

Oleh kerana situasi ini, bapa dan anak itu kini mengumpul wang dengan hasil menanam kacang. Selain dari bekerja sebagai peladang, Gu juga membantu membuat kerja-kerja di rumah supaya ibunya boleh berehat dan cepat sembuh.

Sumber: Kuaibao
Sumber: Kuaibao

Tidak cukup dengan itu, Gu sendiri juga pernah menyatakan hasrat untuk mendermakan salah satu daripada buah pinggangnya kepada si ibu. Pun begitu, tidak dipastikan sama ada dia sesuai ataupun tidak untuk menjadi penderma. Alahai baiknya hati anak ni…

Kisah hidup Gu telah mendapat perhatian netizen yang kebanyakannya terkesan dengan kegigihan anak kecil ini yang sanggup melakukan apa saja demi ibu yang dicintai. Mereka memutuskan untuk membantu Gu dengan sama-sama mengumpul wang untuk pembedahan tersebut dan setakat ini sejumlah RM320,000 sudah berjaya dikumpul. 

Buat masa ini, ibu Gu difahamkan sudah berada di Henan Medical University untuk menjalani ujian bagi pemindahan organ.

Sumber: Kuaibao

Manakala Gu pula memberitahu ibunya bahawa dia telah membuat senarai nama individu-individu yang telah membantunya dan berjanji akan membalas kebaikan mereka suatu hari nanti. Gu memang anak yang baik!

Sumber: Kuaibao

Semoga pembedahan yang bakal ibu Gu jalani berjalan dengan lancar. Diharapkan ada pihak yang membantu keluarga Gu supaya anak ini boleh bersekolah seperti sediakala. 

Baca: Pelajar 19 Tahun Bekerja Sebagai Buruh Binaan Demi Menyelamatkan Adik Hidap Leukemia

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!