in

“Free show ke kak. Mana aurat?” – Kaum Lelaki Tegur Pengunjung Bazaar Ramadan Jangan Pakai Baju Terdedah, Penat Nak Jaga Mata

Bazar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biasanya pada bulan Ramadan ni rata-rata wanita di luar sana akan mengambil peluang untuk mengumpul pahala dengan memakai pakaian menutup aurat. Malah ada juga yang tergerak hati nak berjinak-jinak memakai hijab demi menghormati bulan yang mulia ini.


Tapi lain pula yang berlaku di satu bazaar Ramadan ni apabila jelas-jelas kelihatan wanita-wanita yang berkunjung ke bazaar ni tak menjaga aurat dengan baik. Ops! Terpaksalah abang-abang jaga mata ye!

 

“Saya pohon kaum wanita yang berkunjung ke bazar ramadan tu, jagalah etika pakaian & menutup aurat” 

Menerusi satu posting yang viral di Facebook, netizen terutamanya kaum lelaki mengadu bahawa mereka terpaksa tahan mata gara-gara melihat kerenah orang wanita yang katanya tak menutup aurat dengan sempurna ketika berkunjung ke bazaar Ramadan.

“Free show ke kak. Mana aurat?

“Saya pohon kaum wanita yang berkunjung ke bazar ramadhan tu, jagalah etika pakaian & menutup aurat. Janganlah berpakaian terdedah & belanja sana sini. Kami kaum lelaki penat tau nak jaga mata.”

60006435 318482425495722 7909641751185326080 N
sumber: facebook

 

“Yang berkapel-kapel tu, elok pulak berbisik-bisik tanya nak makan apa. Memang mulut korang tak berbau ke macam mana?”

Ini ada lagi rungutan lelaki-lelaki muslim seMalaya.

“Yang belanja tu pulak kalau barang besar buah tembikai ok lah lagi, kita kaum lelaki tengok boleh juga buat hilang dahaga. Ini tak, barang takat besar buah ciku lepas tu sibuk nak belanja orang.

“Dan yang berkapel kapel tu, elok pulak berbisik-bisik tanya nak makan apa. Memang mulut korang tak berbau ke macam mana?” 

59471448 318482455495719 2682909788836200448 N
sumber: facebook

Uish kak… baju nak pergi bazaar ke nak pergi club tu? 

 

“Pompuan sekarang macam-macam, asyik laki je jaga mata. Mana nak tahannya” 

Rata-rata lelaki nampaknya bersetuju dengan posting di atas sebab mereka katanya ‘sudah penat nak tahan mata’. Tapi kalau tanya kepada kaum wanita, jawapan mereka simple je… orang lelaki bukan je kena tahan mata, tapi jagalah lidah dan hati juga.

Mana Nak Tahan
sumber: facebook

Korang kena ingat, bulan puasa ni bukan setakat menahan lapar dan dahaga tau. Kena tahan nafsu tu jugak. Kalau ternampak benda tak elok, cepat-cepatlah istighfar dan turunkan pandangan mata tu. 

Baca: “Halang orang lain cari rezeki sangat mengarut” – Ramai Tak Puas Hati Kerajaan Kelantan Arah Tutup Restoran Untuk Galak Tunai Solat Terawih?

Henti

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.