in

“Enak ni, cari kicap” – Jumpa 3 Ekor Ular Mati Terbakar Dalam Hutan, Tapi Lelaki Indonesia Nak Makan Sebab ‘Masih Panas’?

Ular Mati

Bukan hanya kita yang terkesan dan dalam keadaan bahaya sebab terdedah dengan jerebu disebabkan asap kebakaran dari Indonesia. Sedangkan kita pun dah sesak nafas, sakit dada sebabkan asap jerebu ni apatah lagi dengan hidupan liar dekat dalam hutan tu kan?

Kebakaran1
sumber: cnn

Bayangkan dorang bukan setakat hidu asap tapi terbakar sekali, sampai ada yang mati tau! Baru-baru ni, sekumpulan lelaki Indonesia dipercayai pekebun melawat salah satu kawasan hutan yang terbakar di sana. Ketika berjalan dekat kawasan yang dah musnah terbakar, dorang terjumpa 3 ekor ular dan salah satu adalah anak ular yang dah mati akibat kebakaran besar-besaran tu!

 

Tapi bila tengok video tu terkejut pula sebab di pengakhiran rakaman kumpulan pekebun tu ada cakap sesuatu seolah-olah dorang nak makan pula ular yang dah mati tu!

Dalam video tu boleh nampak keadaan sekeliling masih berasap dan tanah dah bertukar menjadi hitam. Atas tanah tu ada 3 ekor ular yang dah mati terbakar.

Masih hangat, anaknya enak ni waduhhh. Cari kicap, cari kicap.”

https://www.instagram.com/p/B2WU9r7neyX/?utm_source=ig_embed&utm_campaign=embed_video_watch_again

 

Ada netizen yang terkejut dengan apa yang mereka dengar dan ramai juga yang bersimpati dengan nasib banyak haiwan dalam hutan terbakar tu.

Melalui komen di Facebook, ramai selar tindakan individu yang membakar hutan sampai terkesan hingga ke Malaysia. Mereka juga nak pihak berkuasa ambil tindakan keras dan bertegas dengan pesalah.

Dia yang cakap ambil kicap tapi aku yang nak muntah.”

Ambil sambal lah lagi sedap!”

Komen Hutan Terbakar
sumber: facebook

Baca: “Nak deny lagi ke?” – Jerebu Indonesia Teruk Sangat, NASA Dedah Gambar Asap Boleh Nampak Dari Angkasa

Collage 35