Kebanyakan program media tergendala memandangkan majoriti negara di seluruh dunia memerintahkan kawalan pergerakan akibat penularan Covid-19 ini. Ia menyukarkan pengamal media untuk melenagsungkan program mereka termasuklah Ellen Degeneres ini.
Terkenal dengan perwatakannya yang ceria dirinya begitu disenangi oleh ramai orang dan rakan-rakan selebriti antarabangsa, pengacara & comedian Ellen DeGeneres yang suka buat lawak jenaka ini juga memang cukup terkenal dengan program bual bicaranya.
Disebabkan sikap suka bergurau itu jugalah baru-baru ini peminatnya agak kecewa dan marah.
Rasa macam duduk dalam jail – Ellen DeGeneres
Seperti media tempatan, Ellen DeGeneres juga menjalankan programnya itu dari rumahnya sebagai tanda patuhi arahan kerajaan untuk kuarantinkan diri di tempat masing-masing.
Dalam program temubual yang dilancarkan di ruang tamu rumahnya dia membuat satu pembukaan dengan memberikan ucapan terima kasih kepada pengamal perubatan dan pekerja barisan hadapan yang lain untuk memerangi Covid-19 ini.
Dia juga menzahirkan rasa terima kasih kepada isterinya Portia de Rossi, kerana sudi jadi kru kamera dan juga anjing peliharaan mereka, Augie.
“Portia dan saya telah mengkuarantinkan diri selama tiga minggu sekarang dan ianya sangat seronok, sebenarnya, kerana kita dapat menghabiskan masa bersama dan bercakap dan saling mengenali satu sama lain, bukan? Adakah anda tahu bahawa dia orang Australia? Menarik.”
Walau bagaimanapun, semasa pembukaan program itu juga, Ellen ada melawak pasal kuarantin dengan isterinya yang turut tinggal dirumah dengannya, ketelanjuran kata itu telah membuatkan penonton dan peminatnya rasa kecewa dan marah dengannya.
Rasa macam dalam jail kerana saya memakai pakaian yang sama selama 10 hari dan semua orang kat dalam rumah ni gay!”
Menurut Fox News, menyamakan diri dengan tahanan itu dikritik hebat oleh netizen di Twitter kerana kaitkan dengan ‘keistimewaan’ diri walaupun dengan nada bergurau, mereka anggap macam tak sensitif terhadap rakyat marhaen.
KItaorang kat sini lagi struggle – Netizen
Dia seorang selebriti dan tinggal di rumah besar dan mewah yang sudah semestinya ada bermacam-macam jenis ‘bahan hiburan’ sementara rakyat biasa yang lain ada yang terpaksa bertaruh nyawa dan merisikokan diri berhadapan dengan virus bahaya itu untuk sara hidup.
Ada juga netizen yang tayang agam dia itu dan troll jika itu adalah penjara.
Nampaknya kes serious ni memang tak boleh dibuat main, bukan sahaja artis tempatan, jenis antarabangsa pun kalau tersilap cakap sikit memang undang padah.