in

“Undang-undang negara ko kami tak sebuk pun” – Pak Nil Tinggalkan Komen Keji Pada Ellen, Mahu Boikot Hotel Brunei

Ellen V Paknil 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bertebaran di media sosial sekarang berita gempar bahawa negara Brunei akan laksanakan hukum hudud pada April ini dan sekaligus ia membuatkan penyokong LGBT kepanasan serta tak puas hati.


Ramai di kalangan artis luar negara sudah nyatakan protes untuk boikot hotel milik Sultan Brunei disebabkan perlaksanaan undang-undang ini. Antara yang lantang membantah ialah pelakon George Clooney dan terbaru, pengacara rancangan terkenal, Ellen Degeneres. 

 

“Esok Brunei akan merejam golongan gay dengan batu sehingga mati. Kita kena buat sesuatu. Tolong boikot hotel milik Sultan Brunei…” 

Menurut Instagram rasmi Ellen, beliau telah mengeluarkan senarai hotel-hotel milik Sultan Brunei dan sekaligus menyeru followersnya untuk memboikot dari menginap di hotel tersebut.

Ellen yang merupakan seorang penyokong LGBT serta mempunyai ‘isteri’ ini tidak bersetuju dengan tindakan Brunei ingin merejam pelaku LGBT sehingga mati.

 

Paknil ‘tegur’ Ellen jangan campur urusan negara orang lain

Posting yang dimuat naik Ellen ni bukan saja mendapat perhatian mereka di luar negara, malah pengacara nombor satu Malaysia, Aznil Hj Nawawi atau Paknil juga sempat menitipkan ‘pesan tajam’ buat Ellen supaya jangan sibuk tepi kain orang. 

Yelah kan itu undang-undang negera Brunei, bukan USA ke Britain ke apa kan… Malah komen Paknil juga mendapat antara likes terbanyak dengan 4254 likes sehingga setakat ini. Wow! 

Paknil
sumber: instagram

 

“Undang-undang syariah diperkenalkan sejak 2014 dan sehingga sekarang tak ada seorang pun yang kena rejam sampai mati” 

Ternyata bukan Paknil seorang je yang bengang dengan kenyataan yang dikeluarkan Ellen, ramai lagi netizen termasuklah rakyat Brunei sendiri yang beritahu mereka di sana okay je duduk kat Brunei selama ni.

Menurut netizen bernama dialexlee ni, sejak undang-undang syariah dijalankan pada 2014, sehingga sekarang tak ada pun kes orang kena rejam sampai mati walaupun ada kesalahan yang berkaitan dilakukan. So kenapa dia orang kat luar sana tu teruk-teruk sampai nak boikot?

Brunei 1
sumber: instagram
Brunei 2
sumber: instagram

Admin salute dengan keberanian Paknil tegur Ellen di Instgram. Cuma… lepas ni Paknil tulis in English eh? Mungkin barulah mesej tu sampai kepada Ellen dan dia faham apa yang Paknil nak cakap. 

Baca: “Hukum hudud hukum kuno!” – Brunei Laksana Hukum Hudud April Ini, Pendukung LGBT Kepanasan!

Lgbt 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.